Friday, August 22, 2014

aku tak tau nak cerita macam mana kebelah bagian hati aku sekarang. hanya Allah yang tahu macam mana beratnya hati aku bila tengok reaksi mak hari tu. dah berbulan aku fikir aku dah bersedia. tak sangka pulak aku macam ini yang akan terjadi.

entahlah. yang kita mintak dah dapat. bila dah dapat, nak lepaskan pulak. aku banyak kali je tengok orang dalam situasi macam ni. dah kena batang hidung kepala sendiri baru faham. mintak apa yang perlu, bukan semestinya yang kita nak. tapi takpe. aku yakin hikmahnya akan terbuka suatu masa nanti. semacam mana hikmah-hikmah dari perkara lalu yang membawa kepada hikmah yang masih dirahsiakan kali ni.

semoga Allah tetapkan hati aku selagimana kebaikan adalah untuk aku, agama aku serta keluarga aku, terutama mak dgn abah. dan semoga Allah pinjamkan kesabaran dan kekuatan untuk aku yang lemah ni untuk melihat hikmah manis untuk kali ni.

Thursday, August 21, 2014

semalam sleepover dengan my girlsssss. dah lama rasanya tak tidur malam dengan kawan-kawan. haha.
bilik kawan aku semalam mengingatkan aku pada first dan momen-momen pillow talk sebelum selepas tutup lampu tiap-tiap malam.
semoga Allah rahmati roomate2 saya.
rindu semuanya 37484647574583%

Saturday, August 16, 2014

zaman tepung, telur, tasik, kek, air coke dah berlalu. hahaha.
kini hanya tinggal sambutan penuh doa dan ketenangan.

Wednesday, August 13, 2014

as i grow up, i learned more about myself. or perhaps i'm changing. i mean, i used to go crazy over suju and dbsk, like seriously crazy. thankfully God has opened my eyes to see how those qualities were just in my fantasy. like oh my God i was so delusional mannnn. i pray Allah will open the girls heart who were still blinded with those so called attractive kpop guys to realized what i realized awhile back.

Wednesday, August 6, 2014

someone i know just got out of relationship. it wasn't really hard for her since she wanted it. she made an exit when she realized that she just wanted to be single. probably missed getting hit (well she's quite attractive i must say). or she just got bored and thought that the years together were just ... friends.

so i was watching an episode of about a boy when Will met the beauty with brain.

i just realized that i've never tried jumping into the single-dating pool. you know.. the process of hitting and getting hit, getting to know each other and decide whether or not to keep in dating. part of me was having this thought of following my friend's footstep.. well don't blame me. it was just out of curiosity.

but then there's also another part of me thought that it wouldn't make sense. even if i took an exit for the sake of filling my curiosity, i don't think i'd be jumping into the pool. at least not for a while. i'm all for serious relationship and no hanky panky or whatsoever. plus, as of now, i'm grateful and contented with all that i have. even when i was in high school, while those with phones were busy texting the opposite sex, i on the other hand were busy enjoying my time with my girl friends. never even thought or wanted a boy-girl relationship. i mean it was quite good cause i've always thought that if i were to get in a relationship in high school, it'd merely be just for fun.

but still, only God knows who's the best person to be our soulmate. whether or not partner would be the one God decided for me, i'd just be grateful. for He knows what's best for us.

you tak payah la try try I kalau you tak serious. cari girl lain yang nak main-main macam you jugak. ecehhh! :p

Monday, July 28, 2014

changed routine

kalau ikutkan waktu-waktu macam ni sedulunya aku tengah baring keletihan. sambil pikir macam mana nak cuci baju sambil tu bawak baju bersih nak bawak pegi next kampung.
takpun tengah beraya kat rumah embah yang dekat dengan rumah embah aku.
takpun tengah makan besar bersama keluarga. lepas tu sembang tah hape benda dengan sepupu sepapat.
lepas tu esok travel travel travel dan travel lagi. sampai hujung minggu.
biasanya jugak, aku tengah sakit perut sebab makan nauzubillah...
sebabnya waktu siang macam tadi pergi sekurang-kurangnya 6 rumah.
dengan family pakcik makcik.
dan family aku.

malam raya semalam sedulunya aku main bunga api sambil tengok orang main mercun.
pastu tunggu turn gosok gosok baju. eh tak, berebut lah. ehek ehek ehek.
pastu sembang tah hape hape benda dengan sepupu sepapat.
biasanya geng jejantan yang banyak buat keje cenggini.
takpun kalau kat rumah embah, aku tengah makan. takpun basuh pinggan. takpun isi kuih.
wow sifat keperempuanan terserlah di rumah embah rupanya. baru sedar. ehek ehek ehek.

dan sekarang, malam raya lebih kepada duduk bertenang di depan tv sambil dengar bunyi mercun yang jarang-jarang di pinggir bandar.
dan hanya mampu tawaf 3 buah rumah di siang hari.
daripada sempit berempat di belakang, kini lapang berseorang.
daripada bapak mengejar nak menghabiskan tawaf ke rumah sedara mara yang jauh-jauh sekali, kini hanya pergi mana yang terdekat.
daripada hanya menggosok baju di malam raya, kini aku dah bertanggungjawab uruskan hal ketupat.
the table has turned.
orang tua dan muda yang baru.

still blessed. Alhamdulillah.

Friday, July 25, 2014

sebenarnya aku dah selalu bukak blogger.com ni nak menaip. bila tengah tweet, ade jek benda nak taip pepanjang. dah bukak elok macam ni terus hilang. mungkin aku perlukan template blogger yang lama, sebelum google ambil alih. ehe ehe ehe ehe ehe.

tiada apa yang vavavoom dengan hidup aku sekarang. sahur, tidur, hot in cleveland sampai ngantuk, tidur, kupas bawang, makan, solat terawikh, repeat. konon la malas nak start keje awal-awal sebab nak tumpu pada ibadah dan ibu bapa. tengok rutin aku tu tengok. sebenarnya nak keje apa pun aku tak tau. tu pasal yang duk melanguk je ni. hahaha. baru semalam cubaan hantar resume. aku pun tak tau rezeki macam mana akan datang nanti. cuma aku nak live in the moment je sekarang. mensyukuri waktu lapang walau menganggur dan masih tiada hala tuju. aku rilek jer percaya rezeki dari Allah, sampai masa nanti dia sampai la. aku rasa orang keliling yang lebih risau. erm. hehe. feeling loved.

dan 3 minggu ni aku menggomol bayi je. dan budak busuk. dulu mula-mula rasa sunyi jugak. tapi aku rasa mereka pun gembira sebab ada orang yang free macam aku untuk tolong gomolkan bayi-bayi mereka. wakakaka. ikutkan hati nak je aku sambung belajar ambik degree lagi tapi bidang lain. pikir-pikir balik, itu semuaaaaa mahu duit. ilmu dan wang. wang dan ilmu. takpe lah. aku tambah ilmu cara lain je.

so...itu je lah cerita yang aku boleh cerita sekarang.