Thursday, December 26, 2019

selepas siri reflection minggu akhir-akhir ni, aku sedar yang angan-angan entah apa-apa aku sebenarnya hint untuk diri sendiri. sudah masa untuk aku pertimbangkan titik noktah.

garis terakhir.
titik muktamad.

di bulan ini, sedekad yang lepas, rama-rama mula bertumbuh di segenap sudut dunia yang aku kenal. yang tak diundang namun tanpa sedar pintu terkuak luas mengalukan kemanisan yang tak terjangka.

sedekad.
sedekad sayang.

meski yang terjadi tak seperti yang terharap, aku takkan pernah berkemahuan menukar untuk yang lain. tak pernah terjangka kemampuan aku untuk jatuh sedalam ini.

dalam ingatan, kamu yang mengajarkan aku untuk mengambus semula lubang ini dengan titik paling noktah setelah kita bangkit.

kekuatan, marilah.




sayang, belum masanya.

No comments:

Post a Comment