Tuesday, November 26, 2013

aku risau sangat sebab aku sorang yang belum dapat tempat.
tapi .. berdoa pun jarang-jarang. usaha pun macam ... entah la..

kalau boleh aku tak mau komen, sebab kalau panjang umur, mungkin aku pun akan buat benda yang sama. jadi setiap kali aku dapat pengajaran, aku diamkan sorang-sorang. mana tau satu mana nanti makan aku balik. plus, aku tak rasa nak bercerita pun. walau banyak kali aku rasa nak cakap depan-depan dengan semua orang apa aku rasa setiap orang patut buat, aku diamkan je. ye lah. baru 22. apa aku tahu? spender pun makpak yang belikan. tahu ke aku tanggungjawab nak carik duit? tambah lagi nak bagi kasih sayang? jawapannya : belum.

pernah dulu aku berdoa mintak Allah murahkan rezeki aku sebab aku kegawatan ekonomi peribadi. sesak rasanya. tapi penyayangnya Allah pada aku, Dia bagi aku can jaga embah kejap. dan dari situ, rezeki datang mencurah. Allahu Allah...

kali ni aku tak tahu apa perancangan Dia. aku cuma ada keyakinan pada Dia yang maha berkuasa serta maha penyayang...

yang benar,
aku.

Sunday, November 24, 2013

bercakap tentang cinta. ewah ewah

mungkin suatu masa nanti, masa yang kau dah mula belajar mengenali diri kau,
kau akan jumpa dengan lelaki/wanita idaman kau
ada career, ada rupa dan body, great personality, smart,
tapi masa tu kau akan sedar,
dia bukan untuk kau,
dan kau bukan untuk dia
sebab Allah jadikan kau dengan sifat-sifat yang tak sesuai untuk dia
sama jugak sifat-sifat dia tak sesuai untuk kau
dan Allah temukan kau dengan seseorang lagi yang ada banyak sifat yang tak suka
tapi nak buat macam mana
kun faya kun
Allah jadikan kau untuk dia dan dia untuk kau
rupanya dalam ketidaksukaan kau pada dia, ada benda yang lebih lagi kau akan suka berbanding ada career, ada rupa dan body, great personality, smart
it's like a puzzle
puzzle yang mana hanya Allah yang tahu macam mana nak solve
so who's your perfect match?

Friday, November 22, 2013

bukan aku tak mahu
mereka yang tak menerima
tolong la faham
jangan la asyik duk kata pi situ pi situ
:(

ni pasal aku nak lari dan lari dan lari lagi
tak cam bodo je
jadik aku duk diam-diam je la

Thursday, November 21, 2013

i miss having my sister around..
i know that we've grown up..
but sometimes
i miss the time we spent together..
maybe i just felt a little lonely at home..
that's all..
susah untuk aku bilang betapa aku ingin lari dari dunia ini
atau mungkin aku selesa dengan short escapism ini
entahlah
makin besar makin kurang sabar

Wednesday, November 20, 2013

malam ni aku dilema.
separuh perasaan nak join menjuyah kat benang erogen.
separuh jiwa tgh eksaited dengan kupasan sejarah dokter zul.
ada sikit paruh nak jimba gembira dengan kengkawan tapiiii masalahnya aku punya mood dah dimakan sejarah.
aku semacam sedikit sebanyak faham perasaan ustaz hasrizal.
padahal ni baru ambik satu subjek. haha.
susah untuk aku cerita kesukaan aku untuk bidang ni.
sebab tak konsisten.
yelah aku mane penah konsisten.
gehehe.
mungkinkah aku akan meneruskan legasi mengkorek peristiwa lalu?
wallahu'alam.
semoga Allah menunjukkan jalan terbaik yg bermanfaat untuk aku dan umat Islam.

Thursday, November 14, 2013

that tranquility and confidence to move on that i get only from Allah.

Wednesday, November 13, 2013

i'm just happy to have my family around me...

Tuesday, November 5, 2013

aku harap
aku tak addicted to forum again
gila oooo
pagi petang siang malam
skarang siap dgn fon lagi boleh access internet
gulpppp!
so...
geng swan semua dah bawak haluan masing-masing.
kak weed dah kawen.
aj pun dah grad. siap ada master lagik. ingat lagi dulu kitorang virtually hantar dia pegi matriks. ahahaha.
shane dah kawen (mengikut benang beliau ehehehe).
taiyo masih belajau (stalk beliau. ahahahahaha). mrsm adalah penanda aku berada di fb yg betul.
ahkak wani dah koje.  dia je laaa yang aku bebetul in touch lepas demam swan reda. which demam reda bertahun kemudian sebab lepas swan pun still rebut echo sesama. ahahahahaha. vongokkssss
cikgu menghilang. aku pun lupa nick beliau.
onry pun hilang. ni memang tanpa jejak langsung ni.
lisa je la yang setia berforum.

ni la geng alam maya aku zaman sekolah dulu. orang sibuk keluar lepak ngan member, kapel putus banyak kali, aku duk melangut depan laptop layan forum. hahaha.. memang tak social langsung. tu pun mujur la pegi sekolah. ada member sekolah. takat beberapa ketul je. huhuhuhu.
aku rindu engkorang. engkorang ingat lagi ke tak entah kat aku ni
i wish you guys well. semoga Allah lindungi dan bimbing kita ke jalan-Nya. takdek dah seksaited gila meroyan nak rebut echo. hahahahaha

Sunday, November 3, 2013

dulu pernah ada sorang mamat ni bukak contest kat forum. gaya macam win a date with ted hamilton. cuma nama orang tukar la kan. ehehehe. so contest dia macam ni, dia bagi beberapa soalan, then wanita-wanita yang ingin masuk contest tu jawab la. so beliau akan assess wanita-wanita tu melalui jawapan mereka, then dia pilih siapa yang menarik hati. soalan dia bukan nya soalan exam. more like personality quiz.

masa tu aku bawah umur lagi (kantoi aktif forum bawah umur hahahahahaha) so aku tengok je la orang-orang yg join punya jawapan. aku follow game tu sampai la diorang keluar date. haaaaa.. tabah tak tabahnya aku nak tunggu kan. hahaha. so okay la aku rasa masa tu macam teruja gila (aku kan katak masa budak sekolah dulu) sebab macam cool gila cari date macam ni. lepas tu aku rasa mamat yang buat game tu pun macam cool gentleman hensem apa semua semua habis lah. budak sekolah. kan. hahahaha.

tapi tu 6 ke 7 tahun lepas. haaa. dah lama kan? masalahnya, sampai sekarang mamat tu tak jumpa-jumpa lagi calon pilihan beliau. masih mencari-cari (aku kan bukak forum balik). bukan masalah aku la sebenarnya. cumanya, persepsi aku terhadap beliau pun dah berubah. he's not cool or gentleman or handsome. he's a hopeless romantic. yang jenis loser. hahahaha. eeeee tarik balik part loser. :p . nampak tak apa kematangan dah buat terhadap aku? hikhikhik :p

so, yeah. people change. or at least, my perception changes as time goes by. semoga la mamat tu kena ketuk sikit dan cepat jumpa jodoh beliau. dan semoga aku juga cepat kahwin. dan semoga engko yang baca ni cepat kahwin (kalau belum kahwin). aminnnn. :p
sebenarnya untuk training ni, aku ada perasaan ragu-ragu. tapi kalau diamat-amati, aku pun tak tau ini sebenarnya keraguan atau ketakutan. hurm. camne ni?

Saturday, November 2, 2013

aku rasa penulis novel online paling win di hati aku adalah cucuratap. simple but nice. masih terkesan effect perasaan. menulis dari hati. haaa. gitu lah kan. walaupun advidhaq macam akan terus tergantung selamanya tapi aku seronok ler jugak sebab blog dia dah bukak balik. meorial kot. aku siap promote kat jaja suruh baca. hahaha.

dan satu-satunya novel online menjadi tak offline yang aku suka adalah biar ym berbicara. serius sitt lah novel tu pandai timing betul-betul masa aku tengah modd membaca novel geli. lepas tu cerita dia best jugak. jenis penulis ada pengalaman. jadiknya penceritaan tu best la yedakkkk.

dan sekarang, novel adaptasi jadik drama tv yang sukasukasukasukasukasukaomggediknakmatisepakdirisendirilajulaju adalah love you mr arrogant. gehehehehehehehehehe. weyyy aku tak berniat pun tau nak tengok. tapi apakan daya. penggarapan dia best! hehehehehehehehe. i mean, everything seems natural. and i so so so love watching it! :D hehehehehe. kalah drama korea jepun omputih you. saya team #ZaraHam :P

semua cerita yang aku mention ni jalan cerita dia biasa-biasa je. cuma tu lah kan. teknik bercerita yang menarik hati dan perasaan aku untuk terus menerus mengikutinya. hikhikhik
dah la tgh play ketulusan cinta
pastu wassep2
berindu rindu pulak
iskkk
lama betul tak jumpa kau :(