Friday, September 27, 2013

HasbunAllahu wa ni'mal Wakeelu -
ni'mal Mawla wa ni'man Naseer                                                                     
Sufficient for us is Allah, and He is the Best Guardian.
The Excellent Protector and the Excellent Helper!
sem ni free sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat.
aku tak tau nak ekspress free sangat tu macam mana lagi tapi tu lah... memang free sesangat. gehehehe.
Alhamdulillah. 4 hari weekend. itu pun, kelas 3-4 jam je sehari. 2 jam je pun ada. projek pun dah takde. not so good but i'm enjoying my time soooo... yeah...

anyway, lecturer elektif aku boleh tahan. subjek nye jeng jeng jeng (rahsia). hehehe. aku rasa sem ni aku memang malas sangat bersosial. nak bersosial dengan ilmu je. cewah! ilmu tipulogi ni. hikhikhik. hurm. dengan roomate pun aku tak bermesra sangat. almaklumat la, niat nak duduk 1 sem je. harap-harap dapat praktikal tempat dekat. kalau tak dekat pun, boleh sampai naik lrt pun jadi lah. aku tak nak meredah jem yang lama gila!!!!! huuuu.. taubat nasuha. wajib berilmu pasal Sprint, DUKE, LKAS, federal, pj old and new town, jalan keluar masuk pusat bandaraya, ha apa lagi apa lagi? walaubagaimanapun, aku masih tetap rela pulang ke rumah walau kelas habis pukul 6.40 p.m. sekalipun. hihihihi..

kelas elektif aku tu pun kan... mula-mula memang awkward gila!!!!! hahahaha... ni memang malu macam first time masuk kelas. dah la tak kenal sesapa. aku main bantai masuk je. Alhamdulillah ok je kelas tu. sekarang dah kenal 2 orang (sebenarnya 3 tapi org ketiga tu aku tak tau nama so...ok lah kan?). memang ugly duckling habis la aku sorang je budak elektif (mula-mula). lepas dah masuk geng elektif lain, which i briefly know one of them, baru la tak ugly sorang-sorang. hikhikhik.

so... aku sedang enjoy dan bersyukur dengan masa terluang ni. dan... tu je lah. sedap duk layan love you mr arrogant :P

Monday, September 23, 2013

kak ipar : engko ni normal ni.
akak : ye ye je ko.. mane ko tau.
kak ipar : ye la aku tau laa
aku : aku nanti camne? normal ke tak?
kak ipar : engko... engko kawen pun aku tak boleh bayang. kah kah kah.

*duduk sudut bilik tumbuh cendawan*

Monday, September 16, 2013

setiap benda yang kamu lakukan adalah pilihan kamu. pilihan terbaik adalah pilihan yg mendapat bimbingan dan petunjuk dari Allah.

this was what i learned last two weeks. 5 days of 'workshop'.
i was stunned thinking that i've learned what "taqdir" is right in front of my eyes. Allah taught me to learn from a situation i'm sure none of us could forget. Alhamdulillah.

robbana la tuzighqulubana ba'daizhadaitana wa hablana milladunnka rohmah innaka anntalwahhab

Monday, September 9, 2013

jadi haritu aku saje-saje tekan link "products that really worked based on pinterest". dan sekarang aku amat sukaaaaaaa! hikhik. aku ni memang salah seorang pengopek bibir yang tegar. aku pun tak tau kenapa bibir aku ni selalu sangat kering. nak kata kurang minum air, member aku yang lagi kurang minum pun tak kering macam aku. so over the years (bak kata mat salleh), aku dah cuba beberapa drugstore (perkataan mat salleh lagi) lippies solution.

mula-mula aku cuba body shop strawberry lip balm. bau dia memang fuhhh tak boleh pakai waktu bulan puasa sebab manis sangat. tu je la benda yang bestnya. lain-lain aku tak suka. rasa berminyak. macam bibir berselaput. lepas tu solution untuk bibir kering bagi produk ni adalah dengan terus menringkan bibir supaya lapisan kulit kering tu makin kering sambil tu bibir aku buat lapisan kulit baru. so bila dah cukup kering nanti boleh gugur sendiri atau aku tolong gugurkan. me no likey (omputih perempuan kata). tak dalam tak suka tu pun 2 kali jugak aku beli. masa tu awal-awal sekolah menengah. aku mane la tau sangat. ehe.

lepas tu aku beralih kepada lip ice. lip ice ni memang sedap sebab ada mentholathum. jadiknye kalau jenis bibir kering merekah pedih-pedih tu sapu lip ice ni rasa sejuk ke. produk ni antara yang paling lama aku pakai. tapi modus operandi dia sama je dengan lip balm body shop yang aku pakai sebelum ni. berminyak. merekah. lapisan kering. lapisan baru. macam tu la ceritanya. banyak kali jugak aku beli sebab masa tu tengah suka. dah lama-lama tak suka dah.

aku pernah cuba nivea. sama je lah dengan sebelum-sebelum ni.

hurm. lepas tu aku ada beli jenis sapu sendiri macam body shop tu, bukan stick. lupa brand apa. perisa apple. sama je dengan sebelum-sebelum-sebelum ni.

akhirnya setelah bertahun mencari, aku bertemu jodoh dengan elhajj. aku cuma beli sebab ada cop halal dan alcohol free. gituh kan? aku tak expect banyak. tapi sampai sekarang Alhamdulillah lippies ni yang masih bertakhta dibibirku. mula-mula pakai dulu aku teringat bau lip balm sepupu aku pernah pakai masa aku kecik-kecik dulu. tapi dia pakai avon ke ape entah. sedap bau dia. shea butter gitu. tapi selepas stick ke 4 (kot) aku rasa bau dia tak la sedap macam aku mula-mula pakai dulu. tapi takpe. aku suka. takde la perasaan bibir beminyak. dia macam meresap ke bibirku. modus operandi lain sikit daripada sebelums ni. cuma ada sekali tu je aku beli dan stick dia berminyak. kira 1 dalam 4 la. takpe. aku masih sukakan kamu <3

dan terakhir sekali, aku baru sahaja mendapatkan revlom kissable balm stain. omg best gile yang ni nokssss. memang dia punya mengada-ngada omg omg omg tu lebih sikit sebab dia boleh jadi lip stain dengan lip balm. aku beli warna honey sebab nak feeling natural je. tapi baru seminggu la aku beli. mari tengok prestasi selepas 6 bulan.

Friday, September 6, 2013

5 hari dalam bilik serba putih.
bosan sebosan-bosannya.
bosan memandang putih.
2 hari setengah dapat tengok pemandangan luar. pemandangan lecak dunia konstruksi.
2 hari setengah pandang langit (sikit) dengan air-cond.
yang sakit makin sakit. yang sihat terus sakit.
hihuhi.
macam tengah tengok drama. drama realiti.
ini semua pengajaran. harap-harap.
wallahu'alam.