Sunday, December 31, 2017

so dah sampai hari terakhir 2017. dah minit-minit terakhir pun. hahah.

erm. dah dalam 2 minggu jugak aku fikir apa aku nak sum up kan 2017 ni. dah godek post lama 2 3 4 5 6 kali. dah fikir-fikir. dan masih gagal untuk buat ringkasan macam tahun-tahun sudah. this is new. or maybe, i just had get it over with and forget about them.

kalau 2015 aku mengeluh, 2016 aku belajar bersyukur, 2017 mungkin boleh aku katakan tahun aku belajar menghargai kesihatan. tahun paling banyak aku pergi hospital (setakat ni). dan berkali-kali dahi jatuh bersujud kepada Yang Maha Esa atas sebab-musabab yang entah aku tak tau nak karang macam mana.

untuk 2018, satu je lah aku harap. orang-orang yang aku sayang (dan diri aku sekali la) sentiasa dilindungi dari penyakit dan sentiasa sihat walafiat. untuk 2018 aku nak buat target. mungkin next post insya Allah. alah berapa minti je lagi nak masuk tahun depan.

harapan-harapan yang tersimpul mati. nanti aku karang ok. nak kejar tarikh post hari ni. kuang3.