Monday, December 23, 2013

Ada satu blog ni aku follow sejak zaman sue anna joe dulu. Twitter dia pun aku follow.
Jadi kisah sepanjang umur penghujung 20an dia aku tau through blog dia. Sadly enough, lepas dah beberapa lama aku cuma follow twitter tp tak bukak blog dia, dapat tau yg (high probability) dia tgh go through divorce. Or separation. I don't know. Tak disebut secara jelas. Walau aku tak kenal dia, i'm really really sad. Entah apesal tah. Macam aku pulak yg go through sama2 dia.
Dan ada satu lagi blogger. Dah selamat divorce lama jugak. Pun sedih aku baca cuma tak rasa mcm yg recently ni. Umur lebih kurang rasanya.

Entah lah. Kadang2 aku takut nak kahwin. Takut tak ready mentally nak menghadapi perkara2 mendatang. Takut kalau benda yg berlaku kat org lain akan berlaku kat aku jugak.

Kadang-kadang dah makin tua ni, makin byk keluar cerita sedara mara aku yg aku tak sangka. In divorce cases i mean. Semua cerita aku tau secara tak sengaja. Well, org tua pun pernah muda.

Hmm. Aku nu sepatutnya cuma takut Allah, bukan masa depan yg tak pasti.
:(

Sunday, December 22, 2013

Aku org terakhir yg dapat tempat praktikal. Among my classmates lah.
Perjalanan aku nak dapat ni pun satu benda yang menarik sebenarnya. At least pada aku sorang la. Hehe.

I was pretty devastated with the fact that i was the only one who didn't get any placement yet. Truthfully, i was down, stressed a little but keep on living as usual. I know the biggest part of it was my fault. I felt almost worthless, thinking that i did not fit to get any offer. The fact is, my inferiority was becoming superior.

I prayed to Allah to show me ways to be better and get me placement.
At times, it seems like it was not going anywhere. I tried the 'pride' ways, desperate ways, well you name it.

Then come a few friends of mine who offered  me the places they were rejecting. Masya Allah.. Allah has blessed me with such thoughtful companions.. may Allah reward them with jannah.

It still wasn't that easy though. There were some that i didn't applied. I don't even know why.. so it's back to me again. Hehe.

Then came a friend who told me to apply for this particular company. I was desperate. I didn"t give it much thought. So i emailed and called. Then i was valled for an interview.
Few days later, a friend told me about another offer she's rejecting. I emailed and called again. And request for letter from the faculty. Alhamdulillah it went on smooth. Still isn't complete yet but insya Allah going towards that direction.

Why am i writig it here? Mainly it's because i want it to remind me to keep on having faith and tawakkal 'alallah. The interview was a great help. It just felt like Allah is telling me things. And He conveyed the message through my supposed-to-be-boss. More than that, i felt really thankful to Him for showing mr beautiful souls along the way.

May Allah shower us with His blessings in this world and hereafter.

Friday, December 20, 2013

sebenarnya bila tengok ruminah sidek dalam kolumpo tu aku teringat embah. dan rindu. tak sangka. dengan org yang aku banyak bertekak la aku rindu.
i can blog faster than doing assignment!

Tuesday, December 17, 2013

dear me,

know that you worth it.
teringat cerita kolumpo semalam. nek wok. tetibe tacing tengok dia asyik-asyik "nama siapa? tinggal mana? bapak hidup lagi? kerja apa? dah kahwin?"

:'(
tacing pulak dengar letter to saviour ni
hai Wani Ardy
i love your works
may Allah protect you in this world and hereafter
revisiting French Revolution and learning Arab Spring
aku masih gagal memahami
masih berkejaran entah apa

cerita tentang naik naik dan naik lagi
bingung sekejap aku melepet dalam dunia maya
melihat alter ego engkau dan aku

kita salahkan menteri
salahkan pilihanraya
salahkan kerajaan
salahkan pengundi
pengundi mana?
janji dia pernah mengundi
kita salahkan je lah dia
pendek kata
salahkanlah siapa sahaja yang ada depan mata
kecuali kalau dia sokong kita
siapa sahaja boleh disalahkan
kecuali kita sendiri
sebab kita mangsa
macam tulah..

berpusing dan pusing
akhirnya Allah buka mata aku untuk nampak
macam mana marahnya Dia pada kita
sebab
menyalahkan sesama sendiri
menjatuhkan sesama sendiri
membenci sesama sendiri

penat kita marahn
mencari titik punca
satu jari tunding ke sana sini
lupa lagi empat tunding diri sendiri

but beyond that anger is His love
Him waiting for us to return to Him

bila Muslim Palestin, Myanmar, Syria diganggu
kita sedar
doa adalah senjata mukmin
kita tweet
#PrayForPalestin #PrayForRohingya #PrayForSyria

don't Malaysians need the same kind of prayer?
the same kind of hashtag without sarcasm?
berapa fahamkah kita tentang doa itu senjata mukmin?

cuba lihat jari macam mulut
yang tak boleh kunyah apa lagi telan
mengapa cakar kalau boleh kita usap dengan lembut?

If Rasulullah can pray for the best thing to happen
even for those who did the worst thing one could ever imagine towards him
why can't we?
bukankah Allah yang memegang hati-hati kita?
engkau
aku
dia
dan dia-dia yang kita salahkan

kita lupa
kita in denial

Ya Rabb, ingatkan aku setiap kali aku lupakan Mu.
tiada lain yang aku salahkan melainkan diri ini yang lalai memanjatkan doa dan kesyukuran
setiap saat.

Monday, December 16, 2013

it wasn't easy
but it wasn't hard
truthfully, i've had doubts
not about you
but with the situation
i'm afraid
because the future seems so scary right now

i can't seem to make myself think
if
for crying out loud
it is not gonna be you
cause part of me will break
forever

Sunday, December 15, 2013

hari ni hari kesedaran.
belum kerja & kahwin lagi Allah dah ajar aku : know your priorities.

hm. serba salah aku nak bercerita. jadi aku pakai ayat-ayat bayangan je la. aci kan?

jadi hari ni Allah tunjukkan pada aku tentang seorang mak yang kecik hati dgn anak-anak lelaki dia. well, not all lah. ada la yg ok. sebabnya anak dia lebihkan bini. which is supposedly whether you're married or not, your mom is always your topmost priority (for guys). dan sekarang, aku sebagai third person boleh nampak bahawasannya anak-anak lelaki dia yg nampak berjaya tapi tak berapa nak berjaya sangat sebenarnya yang banyak buat dia kecik hati. hari ni terkeluar ayat kecik hati dia.. which is, aku tak tau nak pujuk cemane.. :(

entah lah. sebagai perempuan, aku cuma ambik pengajaran. jangan buat future husband sayang kita lebih-lebih sangat. aku kalau jadik isteri pun, aku bukan yang paling utama pada dia. kalau dia sayang aku lebih, slap him (not literally though). jadilah bijak dalam menjaga hati suami dan mentua... this paragraph is solely made as a reminder for me.. sebab aku manusia, aku sering lupa. dan Allah yang maha Penyayang yang selalu ingatkan aku..

maybe i'm mentally prepared to face marriage now. kehkehkeh.
growing matured is mentally tiring..

Saturday, December 14, 2013

aku baru sedar
aku ni dah mula jadi socially awkward
pasal sem ni selalu sangat duk rumah
pulak tu, jarang berkomunikasi dgn roomate
tengah-tengah bercakap hilang perkataan
takpun
bila org ckp, aku tak tau nak reply apa
menyedihkan

Wednesday, December 11, 2013

semalam makan seoul garden dgn pah dgn shaza. rindunyaaaaaaaa kat ex-rumates saya..
dulu, balik-balik kelas terus gosip sampai kelas seterusnya. kalau kelas seterusnya tu esok maknanya sampai esok la berguzippp. hahaha. berangan bersama. tapau dm bersama. makan murni bersama. ahh amende mende lagi lah. dah nak habis semester dah pun. lepas ni bawak haluan masing-masing entah berjumpa lagi ke tak.

May Allah guide us to His path. semoga Allah pertemukan kita dalam syurga-Nya...

Monday, December 9, 2013

lari
lari lagi
sembunyi
sembunyi dan tak ketemu lagi

i wish i'm four
aku mahu nangis dalam dakapan mak
mak usap
mak peluk
dah dah takyah nangis.. abah saje kacau tu
sampai sedu sedan
duduk diam-diam
lepas tu main balik

tapi aku dah dua dan dua
grow up please?
or ... not?

mak ... takut ... sedih ...

dah disember
tahun ini tahun laju
aku penat growing matured
untuk sekejap
aku nak berlari-lari dengan kakak dan abang-abang aku
main "lrt"
lepas tu hempap terjerit jerit
entah pape

untuk sekejap
bagi aku peluang reverse
dan sembunyi...

aku janji aku akan dudup diam-diam
cuma engkau dan aku tahu
dan semestinya Tuhanku Yang Maha Mengetahui

Ya Allah Tuhan,
Engkau sebaik-baik perancang
aku berserah hanya pada Engkau...






lepas aku save benda ni kat notepad, aku pi bukak pesbuk. lepas tu ternampak That Muslim Show punya comic strips org share. pasal macam mana org mendaki gunung kejayaan bersama org hitam yg tolong dia.last2 dah sampai puncak, dia kata dia la yang berjaya mendaki.
rupanya orang hitam tu mak dia.
dan aku menangis mengenangkan luahan yang macam tak mengenangkan mak...
padahal doa-doa mak untuk aku yang banyak Allah dah makbulkan....

Saturday, December 7, 2013

jadi semalam aku pergi interbiu pekerjaan pertama sekali dalam hidup aku. the place was not in a good shape. itu pandangan pertama aku. hehe. but really, it was dark, gloomy, old, well.. you name it. it wasn't anything near to new york city-kind of office. you know.. the urban, open office, yadayadayada. rather, it gives you the 80's vibes. or perhaps 70's. well, it depends on what year you were born.

sampai-sampai terus nampak boss nyer. dan gadis (gadis ker?) yang jawab phone call aku sepanjang masa ni. well, terjawab sudah soalan aku. ada sorang je yg keje situ. patut la dia je jawab. laju pulak tu. wakakaka. anyway, the interview was... ok la. bagus jugak ade interbiu gini. dia terangkan skali job scope aku. nothing about measurement weeeee :P . well, turned out dia dah nak tutup kedai tahun depan. hujung tahun kot. dia cakap pasal downsizing and something about end of 2014 then you can only see our face ape benda ntah. seriously kalau ni interbiu untuk keje sebenar, habis lah aku. haha. aku blurr katak hampir 60% masa bercakap dengan dia. dengan english tunggang langgang nyer, dgn hape benda ntah aku jawab nyer, siap dia bambu aku skali kat situ. tapi seperti biasa, kita gagahi dgn hati paling tenang. hekhekhek.

jadi kalau aku accept offer ni bermakna satu kaki tendang semua. haha. that was the most blurr thing. dia tanya apa maksud, aku jawab ganas. dia kata apsal ganas pulakkk. aku kata yela dah satu kaki tendang semua ganas la tuuu. so dia terangkan la maksudnya kena buat semua jenis keje.

i noted that he told me that my background is good, but something's missing. and i need to work on my English (since i proclaim that i'm just above average). and he finds that the new generation is missing enthusiasm.

so here's me, the (probably) self-actualized underdog (as claimed by possibly my future boss. well, only underdog recognizes another underdog who's gonna shine soon. ecehhh) thinking of whether to accept this offer or not. semuanya ok jer. cuma tempat dia je buat aku masih persoalkan ni. walaupun sebenarnya aku takde option lain. wakakaka.

ok la. ya Allah ya rabb, jika tempat berkenaan adalah tempat yang terbaik untuk aku praktikal, yg akan menjadikan aku insan yg lebih baik untuk diri sendiri dan ummah, permudahkanlah urusanku ya Allah, lembutkan hati mak abah aku untuk terima ya Allah, lindungi aku sepanjang aku berada di sana ya Allah, ya Rahman ya Rahim.

Sunday, December 1, 2013

Allahu Allah..
inikah cara Engkau nak ampunkan dosa-dosa aku..?


sayangnya Allah pada aku..
i had ideas.
but they dried out.

Tuesday, November 26, 2013

aku risau sangat sebab aku sorang yang belum dapat tempat.
tapi .. berdoa pun jarang-jarang. usaha pun macam ... entah la..

kalau boleh aku tak mau komen, sebab kalau panjang umur, mungkin aku pun akan buat benda yang sama. jadi setiap kali aku dapat pengajaran, aku diamkan sorang-sorang. mana tau satu mana nanti makan aku balik. plus, aku tak rasa nak bercerita pun. walau banyak kali aku rasa nak cakap depan-depan dengan semua orang apa aku rasa setiap orang patut buat, aku diamkan je. ye lah. baru 22. apa aku tahu? spender pun makpak yang belikan. tahu ke aku tanggungjawab nak carik duit? tambah lagi nak bagi kasih sayang? jawapannya : belum.

pernah dulu aku berdoa mintak Allah murahkan rezeki aku sebab aku kegawatan ekonomi peribadi. sesak rasanya. tapi penyayangnya Allah pada aku, Dia bagi aku can jaga embah kejap. dan dari situ, rezeki datang mencurah. Allahu Allah...

kali ni aku tak tahu apa perancangan Dia. aku cuma ada keyakinan pada Dia yang maha berkuasa serta maha penyayang...

yang benar,
aku.

Sunday, November 24, 2013

bercakap tentang cinta. ewah ewah

mungkin suatu masa nanti, masa yang kau dah mula belajar mengenali diri kau,
kau akan jumpa dengan lelaki/wanita idaman kau
ada career, ada rupa dan body, great personality, smart,
tapi masa tu kau akan sedar,
dia bukan untuk kau,
dan kau bukan untuk dia
sebab Allah jadikan kau dengan sifat-sifat yang tak sesuai untuk dia
sama jugak sifat-sifat dia tak sesuai untuk kau
dan Allah temukan kau dengan seseorang lagi yang ada banyak sifat yang tak suka
tapi nak buat macam mana
kun faya kun
Allah jadikan kau untuk dia dan dia untuk kau
rupanya dalam ketidaksukaan kau pada dia, ada benda yang lebih lagi kau akan suka berbanding ada career, ada rupa dan body, great personality, smart
it's like a puzzle
puzzle yang mana hanya Allah yang tahu macam mana nak solve
so who's your perfect match?

Friday, November 22, 2013

bukan aku tak mahu
mereka yang tak menerima
tolong la faham
jangan la asyik duk kata pi situ pi situ
:(

ni pasal aku nak lari dan lari dan lari lagi
tak cam bodo je
jadik aku duk diam-diam je la

Thursday, November 21, 2013

i miss having my sister around..
i know that we've grown up..
but sometimes
i miss the time we spent together..
maybe i just felt a little lonely at home..
that's all..
susah untuk aku bilang betapa aku ingin lari dari dunia ini
atau mungkin aku selesa dengan short escapism ini
entahlah
makin besar makin kurang sabar

Wednesday, November 20, 2013

malam ni aku dilema.
separuh perasaan nak join menjuyah kat benang erogen.
separuh jiwa tgh eksaited dengan kupasan sejarah dokter zul.
ada sikit paruh nak jimba gembira dengan kengkawan tapiiii masalahnya aku punya mood dah dimakan sejarah.
aku semacam sedikit sebanyak faham perasaan ustaz hasrizal.
padahal ni baru ambik satu subjek. haha.
susah untuk aku cerita kesukaan aku untuk bidang ni.
sebab tak konsisten.
yelah aku mane penah konsisten.
gehehe.
mungkinkah aku akan meneruskan legasi mengkorek peristiwa lalu?
wallahu'alam.
semoga Allah menunjukkan jalan terbaik yg bermanfaat untuk aku dan umat Islam.

Thursday, November 14, 2013

that tranquility and confidence to move on that i get only from Allah.

Wednesday, November 13, 2013

i'm just happy to have my family around me...

Tuesday, November 5, 2013

aku harap
aku tak addicted to forum again
gila oooo
pagi petang siang malam
skarang siap dgn fon lagi boleh access internet
gulpppp!
so...
geng swan semua dah bawak haluan masing-masing.
kak weed dah kawen.
aj pun dah grad. siap ada master lagik. ingat lagi dulu kitorang virtually hantar dia pegi matriks. ahahaha.
shane dah kawen (mengikut benang beliau ehehehe).
taiyo masih belajau (stalk beliau. ahahahahaha). mrsm adalah penanda aku berada di fb yg betul.
ahkak wani dah koje.  dia je laaa yang aku bebetul in touch lepas demam swan reda. which demam reda bertahun kemudian sebab lepas swan pun still rebut echo sesama. ahahahahaha. vongokkssss
cikgu menghilang. aku pun lupa nick beliau.
onry pun hilang. ni memang tanpa jejak langsung ni.
lisa je la yang setia berforum.

ni la geng alam maya aku zaman sekolah dulu. orang sibuk keluar lepak ngan member, kapel putus banyak kali, aku duk melangut depan laptop layan forum. hahaha.. memang tak social langsung. tu pun mujur la pegi sekolah. ada member sekolah. takat beberapa ketul je. huhuhuhu.
aku rindu engkorang. engkorang ingat lagi ke tak entah kat aku ni
i wish you guys well. semoga Allah lindungi dan bimbing kita ke jalan-Nya. takdek dah seksaited gila meroyan nak rebut echo. hahahahaha

Sunday, November 3, 2013

dulu pernah ada sorang mamat ni bukak contest kat forum. gaya macam win a date with ted hamilton. cuma nama orang tukar la kan. ehehehe. so contest dia macam ni, dia bagi beberapa soalan, then wanita-wanita yang ingin masuk contest tu jawab la. so beliau akan assess wanita-wanita tu melalui jawapan mereka, then dia pilih siapa yang menarik hati. soalan dia bukan nya soalan exam. more like personality quiz.

masa tu aku bawah umur lagi (kantoi aktif forum bawah umur hahahahahaha) so aku tengok je la orang-orang yg join punya jawapan. aku follow game tu sampai la diorang keluar date. haaaaa.. tabah tak tabahnya aku nak tunggu kan. hahaha. so okay la aku rasa masa tu macam teruja gila (aku kan katak masa budak sekolah dulu) sebab macam cool gila cari date macam ni. lepas tu aku rasa mamat yang buat game tu pun macam cool gentleman hensem apa semua semua habis lah. budak sekolah. kan. hahahaha.

tapi tu 6 ke 7 tahun lepas. haaa. dah lama kan? masalahnya, sampai sekarang mamat tu tak jumpa-jumpa lagi calon pilihan beliau. masih mencari-cari (aku kan bukak forum balik). bukan masalah aku la sebenarnya. cumanya, persepsi aku terhadap beliau pun dah berubah. he's not cool or gentleman or handsome. he's a hopeless romantic. yang jenis loser. hahahaha. eeeee tarik balik part loser. :p . nampak tak apa kematangan dah buat terhadap aku? hikhikhik :p

so, yeah. people change. or at least, my perception changes as time goes by. semoga la mamat tu kena ketuk sikit dan cepat jumpa jodoh beliau. dan semoga aku juga cepat kahwin. dan semoga engko yang baca ni cepat kahwin (kalau belum kahwin). aminnnn. :p
sebenarnya untuk training ni, aku ada perasaan ragu-ragu. tapi kalau diamat-amati, aku pun tak tau ini sebenarnya keraguan atau ketakutan. hurm. camne ni?

Saturday, November 2, 2013

aku rasa penulis novel online paling win di hati aku adalah cucuratap. simple but nice. masih terkesan effect perasaan. menulis dari hati. haaa. gitu lah kan. walaupun advidhaq macam akan terus tergantung selamanya tapi aku seronok ler jugak sebab blog dia dah bukak balik. meorial kot. aku siap promote kat jaja suruh baca. hahaha.

dan satu-satunya novel online menjadi tak offline yang aku suka adalah biar ym berbicara. serius sitt lah novel tu pandai timing betul-betul masa aku tengah modd membaca novel geli. lepas tu cerita dia best jugak. jenis penulis ada pengalaman. jadiknya penceritaan tu best la yedakkkk.

dan sekarang, novel adaptasi jadik drama tv yang sukasukasukasukasukasukaomggediknakmatisepakdirisendirilajulaju adalah love you mr arrogant. gehehehehehehehehehe. weyyy aku tak berniat pun tau nak tengok. tapi apakan daya. penggarapan dia best! hehehehehehehehe. i mean, everything seems natural. and i so so so love watching it! :D hehehehehe. kalah drama korea jepun omputih you. saya team #ZaraHam :P

semua cerita yang aku mention ni jalan cerita dia biasa-biasa je. cuma tu lah kan. teknik bercerita yang menarik hati dan perasaan aku untuk terus menerus mengikutinya. hikhikhik
dah la tgh play ketulusan cinta
pastu wassep2
berindu rindu pulak
iskkk
lama betul tak jumpa kau :(

Sunday, October 27, 2013

haku hengat nak join berporem. tapi ahkak-ahkak semua guna bahasa fonennn. pastu luc ngat taw nokkk.

aku pun hanya melihat sekali sekala.
i miss swan forummers!!!

Thursday, October 24, 2013

i want it.
somebody else gets it without even asking for it. effortless.
nak tgh hari dah down.

:'(

Wednesday, October 23, 2013

rindu la nak berforum
tapi geng-geng forum semua dah bawak haluan masing-masing.
yang ada ni pun aku tak kenal.
segan pulak nak buat kenalan baru.
aku tengah kemaruk dengan love you mr arrogant!!!!
huhuuhuhu... mula-mula aku skeptikal sikit. ye la. SSID dengan SHN agak menghampakan. aku tengok pun pasal tengah mood drama pastu takde drama lain versi romentik untuk aku gila-gilakan. lepas tu, aku tertengok la first ep erogen ni lepas tu kan kan kannnnnnnn...!!!

aaaaaaaa... dah kembali ke zaman remajalicious kemaruk menonton drama! hahaha. that maybe explain part of my weird depression phase. the one without any reason. weyyy aku menonton drama dulu sebagai ubat depress ke mende?!?! gila apa penemuan ini :O . anyway, good thing to know i'm not depressed! yeayyyy! mungkin memori yg muncul bila triggered by stimulus. the stimulus called kemaruk drama! hahaha.

tapi seriuli la..dah lama aku tak gila menonton drama macam ni. i think part of the reason i'm so eager to come home is erogen (well besides other sebab musabab yang masuk akal). gehehehe.
harini aku tacing sangatz tau tengok erogen. dah start masuk sesi sedih-menyedih :'(
pastu bila part sweet romentik, takdek la rasa weird ke geli sangat. kira natural la. i laaaiikkkkkeeee (gaya irham :P).

ok la.nk kembali ke dunia asal. babaizzz!

Sunday, October 20, 2013

makin tua makin malas aku nak berpikir. sebab bila dah start pikir nanti aku terlebih-lebih pikir. nyampah tau. rasa macam nak kembali pada zaman aku tak mengerti. biarkan aku tak mengerti. biarkan. biarkan aku buat silap bodoh kebudak-budakan. sebab silap aku cuma bodoh. bukannya silap sebab tahu tapi tak tahu. faham tak kekeliruan kat situ? faham tak???? apa? tak faham??? menci la menciiiiiiiiiiiiiii.

ni entah proses kematangan yang mane satu entah.

Friday, October 18, 2013

aku rasa aku depress lah. depress for nothing.
entah aku tak tau nak cerita macam mana. depress versi yang aku tak pernah aku buat sebelum ni.
kalau dulu, rasa kosong. kebas. macam takde perasaan. tapi ada rasa kesedihan. rasa macam, aku perlu isi dengan sesuatu. benda yang aku tahu tapi tak tahu. sampai boleh keluar ayat-ayat konon puitis hakpetuihs.
kali ni lain betul. rasa macam kosong. tapi macam tak. nak kata macam sedih, macam tak. indescribable. atau aku belum jumpa macam mana nak describe.

menci la nokk menci.

on just so very little relateable note, ada sesuatu kesoronokan apabila menjerit memarahi marah drebar lain di atas jalan raya. bukan seronok macam hahahahahahahaha tu. dia macam satu kelegaan kau dapat menjerit kat orang yang tak bagi signal mahupun pemancung 3 lane ataupun teksi. sebab dalam sebulan lebih ni aku sabau diam-diam je atas jalan. selalu aku cakap "biar la.." "masuk je la.." "haish.."
tapi sekarang "blah!blah!blah! aku nak jalan ni!" "cepat arh!" "hoi!!!!"
nampak tak? nampak tak?
patutnya ada 1 lagi kategori sticker jpj. untuk pemandu baru dalam bandar macam aku ni. lesen "K". K untuk kekacauan jiwa yang baru. gagagagagagaga.

Thursday, October 17, 2013

somehow
i miss but not miss this feeling
entah macam mana aku nak cakap
something is wrong
so wrong
macam aku sebenarnya tahu
tapi tak tahu
serabut alam

macam botol pepsi 1.5L
goncang-goncang
dan kau biar
tak bukak tutup dia sikit-sikit
biar lepas gas
gas entah apa

tolong bagitau
gas apa ni

Tuesday, October 15, 2013

siang tadi baca tuit-tuit kawan-kawan berimpian nak study oversea. cerita nak study oversea ni dari sekolah lagi aku dah dengar.

aku?
teringinnnn. mesti la teringin.

tapi?
hurm. setelah ukur baju di badan sendiri, aku sedar aku tak layak. result dan usaha aku yang tak memberangsangkan langsung.

tapi lagi?
sebenarnya nak rasa hidup tempat orang tu lebih banyak dari nak study. ehehehe. mungkin sebab tu aku tak dapat. miaw.

tapi tapi?
aku percaya pada rezeki Allah yang datang dari cara yang tak akan aku sangka.

jadi?
insya Allah. if living in other place will benefit me and the ummah, semoga Allah realisasikan impian aku yang satu ni. if having the opportunity is in no way will benefit me and instead will destroy the ummah, semoga Allah gantikan impian aku dengan yang lebih baik. impian yang lebih tinggi adalah untuk hidup di taman di mana di bawahnya terdapat sungai-sungai mengalir. aminnnnn.

aku ok tak?
ok jer. i love being in the place i'm studying now. i'm so thankful Allah has given me the chance to meet a lot of wonderful people i've met after almost 4 and a half year here. also, i've learn a lot of valuable lessons from ways i've never expected. can't believe i'd miss all these stuff if i were to choose other ways of life!

any future plans?
hurm. not really. seperti dahulu, i'm following the flow. in contrast with abah, i don't plan my life. i'd just give it a go when i feel like i do. but hey, i do plan some other little things ok. i hope abah is not mad :3

Saturday, October 12, 2013

hari tu bumi bilang
aku ada hadiah untukmu

siangnya dia cerah
petangnya gerimis
dan malam
gelap

dia kata pada aku
engkau cantik hari ni
tak sia-sia 6 jam aku belah lebuhraya ini
 13 purnama aku bilang
pesannya
"work for money, live for love"
biru bertulis pink
slack hijau
bagpack dan jaket krim
ya, ini cerah

tik... tik... tik...
sampai lagi masanya
engkau tahu aku tahan
aku tahu engkau pun tahan
tapi bumi kata
mari aku luahkan untuk engkau berdua
hai gerimis
ukirkan senyuman untuk mereka

tok... tok... tok...
rupanya ini bukan malam yang biasa
rupanya ada sesuatu yang Tuhan ingin ceritakan pada aku semalam
rupanya ada engkau yang lain akan berlalu

setitis pun tak mengalir
dada aku masih sesak
tolong bocorkan
tolong
kerana aku masih di sini
menunggu giliranku

orang putih bilang
it's better to have love and lost than not love at all
tapi apa patut aku kata
to have love and lost in one day
in one fine day

bumi akhirnya berkata
nah
inilah hadiah engkau wahai akal
ada sesuatu yang Tuhan ingin ceritakan pada engkau hari ini.
i'm not sure what this is.
i've been reminded of death several times lately. the biggest news happened on the same day i got to meet partner. the person i haven't seen in 13 months.
it's like, i'm happy i finally got the chance to meet partner, although it was just brief. so brief we only got to eat and talk for a very short while. of which i (mostly) scolded him for...nothing.
and a few hours later, i received one of the most shocking news. a friend of mine passed away that very same day. you know... i've lost a friend before. back during high school. i can feel the sadness.
but this time around,
i can't say i'm sad.
i can't feel it,
in fact, i can't feel a thing,
i'm ... numb...
i want to cry but tears aren't flowing.

Allah has given you the opportunity to be the best daughter, wife and almost a mother.
may Allah bless your soul. you were a dear friend to me.

Allahumma firlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu

Saturday, October 5, 2013

"umi, mak yusuf dalam kubur. dia tidur dalam kubur"
"ye ke zara ni.. siapa cakap?"
"iye.. teacher cakap."
"yusuf ade tak tadi?"
"takde. dia demam. semalam dia muntah-muntah kat school"

kak ipar bercerita siang tadi. perbualan dia dengan anak buah aku, zara. semalam mungkin.
jujurnya, aku terkesima. terkejut. sedih.
yusuf, kawan main-main zara kat tadika. aku tak kenal pun yusuf tu. tapi sebab zara selalu sebut, dan nama yusuf dah sebut lama-lama jadik sedap, aku pun macam konon-konon kenal sekali.
aku sedih. terfikirkan budak sebaya zara merasa kehilangan sebesar itu. terbayangkan kalau zara yang seceria tu kehilangan ............. :'(

cerita ni tak sahih pun. ye lah. budak kecik kadang-kadang cerita suku suku. entah teacher tengah ajar apa lepas tu yg tiga suku lagi tinggal.
kalau benar cerita ni, semoga Allah beri kekuatan pada yusuf dan keluarga.

mungkin jugak, Allah nak jentik aku sikit. 2 3 hari ni dah melagha.
wallahu'alam.

Allahumma innaka 'afuwwun kareem tuhibbul 'afwa fa'fuanni

Friday, September 27, 2013

HasbunAllahu wa ni'mal Wakeelu -
ni'mal Mawla wa ni'man Naseer                                                                     
Sufficient for us is Allah, and He is the Best Guardian.
The Excellent Protector and the Excellent Helper!
sem ni free sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat.
aku tak tau nak ekspress free sangat tu macam mana lagi tapi tu lah... memang free sesangat. gehehehe.
Alhamdulillah. 4 hari weekend. itu pun, kelas 3-4 jam je sehari. 2 jam je pun ada. projek pun dah takde. not so good but i'm enjoying my time soooo... yeah...

anyway, lecturer elektif aku boleh tahan. subjek nye jeng jeng jeng (rahsia). hehehe. aku rasa sem ni aku memang malas sangat bersosial. nak bersosial dengan ilmu je. cewah! ilmu tipulogi ni. hikhikhik. hurm. dengan roomate pun aku tak bermesra sangat. almaklumat la, niat nak duduk 1 sem je. harap-harap dapat praktikal tempat dekat. kalau tak dekat pun, boleh sampai naik lrt pun jadi lah. aku tak nak meredah jem yang lama gila!!!!! huuuu.. taubat nasuha. wajib berilmu pasal Sprint, DUKE, LKAS, federal, pj old and new town, jalan keluar masuk pusat bandaraya, ha apa lagi apa lagi? walaubagaimanapun, aku masih tetap rela pulang ke rumah walau kelas habis pukul 6.40 p.m. sekalipun. hihihihi..

kelas elektif aku tu pun kan... mula-mula memang awkward gila!!!!! hahahaha... ni memang malu macam first time masuk kelas. dah la tak kenal sesapa. aku main bantai masuk je. Alhamdulillah ok je kelas tu. sekarang dah kenal 2 orang (sebenarnya 3 tapi org ketiga tu aku tak tau nama so...ok lah kan?). memang ugly duckling habis la aku sorang je budak elektif (mula-mula). lepas dah masuk geng elektif lain, which i briefly know one of them, baru la tak ugly sorang-sorang. hikhikhik.

so... aku sedang enjoy dan bersyukur dengan masa terluang ni. dan... tu je lah. sedap duk layan love you mr arrogant :P

Monday, September 23, 2013

kak ipar : engko ni normal ni.
akak : ye ye je ko.. mane ko tau.
kak ipar : ye la aku tau laa
aku : aku nanti camne? normal ke tak?
kak ipar : engko... engko kawen pun aku tak boleh bayang. kah kah kah.

*duduk sudut bilik tumbuh cendawan*

Monday, September 16, 2013

setiap benda yang kamu lakukan adalah pilihan kamu. pilihan terbaik adalah pilihan yg mendapat bimbingan dan petunjuk dari Allah.

this was what i learned last two weeks. 5 days of 'workshop'.
i was stunned thinking that i've learned what "taqdir" is right in front of my eyes. Allah taught me to learn from a situation i'm sure none of us could forget. Alhamdulillah.

robbana la tuzighqulubana ba'daizhadaitana wa hablana milladunnka rohmah innaka anntalwahhab

Monday, September 9, 2013

jadi haritu aku saje-saje tekan link "products that really worked based on pinterest". dan sekarang aku amat sukaaaaaaa! hikhik. aku ni memang salah seorang pengopek bibir yang tegar. aku pun tak tau kenapa bibir aku ni selalu sangat kering. nak kata kurang minum air, member aku yang lagi kurang minum pun tak kering macam aku. so over the years (bak kata mat salleh), aku dah cuba beberapa drugstore (perkataan mat salleh lagi) lippies solution.

mula-mula aku cuba body shop strawberry lip balm. bau dia memang fuhhh tak boleh pakai waktu bulan puasa sebab manis sangat. tu je la benda yang bestnya. lain-lain aku tak suka. rasa berminyak. macam bibir berselaput. lepas tu solution untuk bibir kering bagi produk ni adalah dengan terus menringkan bibir supaya lapisan kulit kering tu makin kering sambil tu bibir aku buat lapisan kulit baru. so bila dah cukup kering nanti boleh gugur sendiri atau aku tolong gugurkan. me no likey (omputih perempuan kata). tak dalam tak suka tu pun 2 kali jugak aku beli. masa tu awal-awal sekolah menengah. aku mane la tau sangat. ehe.

lepas tu aku beralih kepada lip ice. lip ice ni memang sedap sebab ada mentholathum. jadiknye kalau jenis bibir kering merekah pedih-pedih tu sapu lip ice ni rasa sejuk ke. produk ni antara yang paling lama aku pakai. tapi modus operandi dia sama je dengan lip balm body shop yang aku pakai sebelum ni. berminyak. merekah. lapisan kering. lapisan baru. macam tu la ceritanya. banyak kali jugak aku beli sebab masa tu tengah suka. dah lama-lama tak suka dah.

aku pernah cuba nivea. sama je lah dengan sebelum-sebelum ni.

hurm. lepas tu aku ada beli jenis sapu sendiri macam body shop tu, bukan stick. lupa brand apa. perisa apple. sama je dengan sebelum-sebelum-sebelum ni.

akhirnya setelah bertahun mencari, aku bertemu jodoh dengan elhajj. aku cuma beli sebab ada cop halal dan alcohol free. gituh kan? aku tak expect banyak. tapi sampai sekarang Alhamdulillah lippies ni yang masih bertakhta dibibirku. mula-mula pakai dulu aku teringat bau lip balm sepupu aku pernah pakai masa aku kecik-kecik dulu. tapi dia pakai avon ke ape entah. sedap bau dia. shea butter gitu. tapi selepas stick ke 4 (kot) aku rasa bau dia tak la sedap macam aku mula-mula pakai dulu. tapi takpe. aku suka. takde la perasaan bibir beminyak. dia macam meresap ke bibirku. modus operandi lain sikit daripada sebelums ni. cuma ada sekali tu je aku beli dan stick dia berminyak. kira 1 dalam 4 la. takpe. aku masih sukakan kamu <3

dan terakhir sekali, aku baru sahaja mendapatkan revlom kissable balm stain. omg best gile yang ni nokssss. memang dia punya mengada-ngada omg omg omg tu lebih sikit sebab dia boleh jadi lip stain dengan lip balm. aku beli warna honey sebab nak feeling natural je. tapi baru seminggu la aku beli. mari tengok prestasi selepas 6 bulan.

Friday, September 6, 2013

5 hari dalam bilik serba putih.
bosan sebosan-bosannya.
bosan memandang putih.
2 hari setengah dapat tengok pemandangan luar. pemandangan lecak dunia konstruksi.
2 hari setengah pandang langit (sikit) dengan air-cond.
yang sakit makin sakit. yang sihat terus sakit.
hihuhi.
macam tengah tengok drama. drama realiti.
ini semua pengajaran. harap-harap.
wallahu'alam.

Saturday, August 31, 2013

brothers and sisters crying for help, shared posts in facebook, comments wishing for the best thing to happen supported by ayat for quran and hadiths.

i know they pattern seems right. i still think we are missing the point.

i'd say, we are weak. we are weak not because we were born that way but truly, we live in denial. we deny our right that we can be strong. we deny that the fact is, things should start small and insya Allah it'll grow. earlier today i read an article in suhaibwebb.com which really jot down my thought. from my very little observation, i see that people are slowly starting to turn back to the root, Islam. both in east and west side. it's kind of look different but similar. in the west, the number of Muslims are growing while here in east side, a lot of us are searching four our soul. the real one. not just the one we thought we are. how did this happen? wallahu'alam. i'd like to think that our parents, grandparents, great great grandparents and the upper great people prayed for this to happen and Allah has grant their wishes. may Allah bless their soul and place them amongst the believers.

so yeah. i'm struggling to build a strong defense system. it comprises of knowledge. because the first ayat is " 'Iqra " . knowledge must've been really sacred that it become the first ayat. may Allah show grant me knowledge that will benefit me and ummah. may Allah make me realize and protect me from knowledge that will keep me away from Him.

we are hungry for knowledge. brace it.
i'm mentally hungry.
i eat knowledge.
through eyes, mind and heart.

Friday, August 30, 2013

.of Maghrib and heading home.

here's the thing.
i turned on the laptop cause i've the urge to rant about growing old, maturity, my parents and being the youngest. i've so much rage i could explode someday.
then i thought, i should scroll twitter before i start. turned out i've finished scrolling facebook too!

and now my rage has gone. actually, it isn't gone. it just happen to be hibernating again.

i don't know when will i be able to write it down. i've been meaning to do it for quite some time (meaning that i've kept it well. fuhh). this is puberty all over again. except that it's the transition stage to adulthood.

i realized i'm actually going to finish my course soon (insya Allah). i also realized that mak and abah are both getting old. like really old. while i'm entering adulthood, they're heading to my grandma's current phase. realizing this is hard, accepting it is even harder. but i know i've to. it is a fact. although many are making quotes about maturity and age aren't moving concurrently, i've realized they're proving the irony. which the irony isn't an irony cause it is the reality they're running from.

which brings me to the lesson i've learned today.
stop trying to do the irony. it will happen when it will.

Thursday, August 29, 2013

i came across an astro first ad showing a movie called "Miracle In Cell No. 7". looks like a funny movie. so i searched the link to watch it.

i was comically struck by lightning after the first quarter of the movie. *sniff sniff*

anyway, it was  a good one. didn't thought it brought up heavy message when i first saw the trailer. like i said, it looks funny. i however found a review saying the movie was a mix of humor and tragedy. didn't know the tragedy is really a tragedy :3 . a few questionable stuff like how about Yesung's mother, the hot air ballon scene (which contains the most irrelevant facts. but it's okay) and a few others.

if you stumble upon this blog while searching about the movie, and you love to watch deep movie presented lightly, i'd recommend it for you.

of people with power oppressing and manipulating others they like, effect of weak legal system and such.

Tuesday, August 27, 2013

i've just read about miley cyrus and amanda bynes. poor girls :(
may Allah guide them to His path.

Friday, August 23, 2013

Palestinian, Syrian, Egyptian and other countries with majority of practicing Muslims are fighting to keep on living as Muslims.
we are striving to be better Muslims.

we all are fighting. you're not alone.

Wednesday, August 21, 2013

growing up in a comfortable home, abah always tells me how hard he lived his life. his childhood in poverty, his vision to improve his life and helps people he knows. i remember when i was among the 30s of almost 40 students in my class, abah gave his lecture all night about him having to struggle to get education. of him going to school shoeless and eating rice with just sauce. all i remember was that it was far from being luxurious. but never did he regret or even slightly complained of how hard for him to be the person he is today.

i grew up in great environment i must say. electricity is just one click away. water flows so fast i need to control it. through his stories, abah taught me humility. his actions makes me want to be a responsible person. he give just enough the luxury that we need. thanks to his long life vision, i don't even need to borrow money to get higher education.

i can't even say how thankful i am to have abah in my life. ya Allah ya rabb, bless him in this life and hereafter, grant him health and happiness, love him as much as he loved his kids.

Tuesday, August 20, 2013

truly, i'm blessed with loving parents and family.
i thank no other than Allah.

Sunday, August 18, 2013

jadi skema jawapan aku pada tahun ni adalah "dah sampai jodoh nanti kahwin la.."
setakat ni diterima dengan tenang, hati terbuka dan kegembiraan oleh pak cik mak cik. tak sangka betul.

Friday, August 16, 2013

i thought of changing default photo to me, mak and abah's photo together.
then i realised i never had one.

we were busy growing up. we forget they were growing old.
happy birthday babe. you know you don't feel like 22 just yet.

Thursday, August 15, 2013

currently enjoying tangled yarn with weird needles :)

Tuesday, August 13, 2013

so i was thinking, what would couples of 10 years differences talk? i mean, seriously, what??
i can go for 3 years tops, be it older or younger. but more than that, it felt pretty weird. like if one talks about some sort of grown up stuff, what would the other replied?

i'm still wondering. and hey, i didn't really remember how did me and partner can actually talk things comfortably like now. like.. what did we do back then?

time might be the answer. might.

Monday, August 12, 2013

salah satu fasa bangang aku adalah kemaruk fangirling kat mat korea dengan jepun masa sekolah-sekolah dulu. biasala. boipren takdak. kepada mat korea la kita jerit. kakakakaka.. siap 1 malam duk layan youtube tengok video yamapi la dbsk la suju la. haish.. manipulated habes.
anyway, aku dah pernah tulis satu post pasal getting over fasa kebangangan tak tentu hala tu kat blog dulu-dulu. dah mula belajar ada pedoman hidup la katakan :B

Sunday, August 11, 2013

aku ni kadang-kadang terfikir kenapa aku tak berfikir secara complicated. orang panggil "deep". aku ni tak cukup "deep". baru nak berfikir korek satu perkara, aku dah buat kesimpulan. setakat cukup-cukup je la berfikir. i mean, the answer is always right in front of our nose why think too much of an issue. pi mai pi mang tang tuuu jugak hang pi. nak kata tak berifikir tu tak jugak la. cuma aku suka memudahkan untuk kefahaman sejagat. apa la hai nak fikir jauh-jauh, relate sana relate sini last-last jawapan tak dapat-dapat jugak.

samada aku tak cukup berfikir atau orang lain lebih banyak berfikir.
berfikir pun ada adab dan sandarannya. macam keretapi cuma boleh bergerak kat landasan dia sendiri. kalau pi kat jalanraya jawabnya masuk youtube la esok. berfikir pun macam tu. sandarannya haruslah Al-Quran dan Sunnah. that said, you have to make it your source of answer. well, it is kind of you are thinking and searching for the answer from these sources and keep on thinking. it isn't like finding answer in books. finding it elsewhere is like a train moving on a pavement.

i'm not really good with words. and tonight i don't feel like writing in english anyway hence the mixed language.

Salam Aidilfitri :)

Monday, August 5, 2013

yang seronoknya raya bukan la ketupat, rendang dan mercun.
tapi menganyam sambil berpoyo siapa paling tahu banyak nak menganyam,
isi ketupat dengan 10 fatwa,
prepare lauk sambil bergosip,
sembang-sembang merepek malam raya bersama sepupu,
main bunga api dengan mercun beramai-ramai.

aku baru faham.
getting together with family. i'd miss that.

Thursday, August 1, 2013

.kemusykilan yang nyata.

1. muka serupa ramai manusia. lebih ramai dari purata kesamaan muka.
mungkin kerana cermin mata tapi semenjak asasi lagi ramai yang menyatakan muka aku iras-iras/sejibijik kawan/sedara mereka. paling secret admire adalah bila member ofis lama akak ipar aku merangkap senior course aku menyatakan pada akak ipar bahawa aku serupa kawan poli beliau. oh bila cerita macam ni tak rasa secret admire la pulak ehe :3 . kisah sebenarnya ......

2. geng bersembang mak cik-mak cik.
ini sampai ke hari ni masih menjadi kemusykilan pada aku. mereka yang berpangkat mak cik atau nenek agak suka tegur/berceloteh kepadaku/denganku. jadi semalam aku menyatakan persoalan ini pada mak. mak bilang, mungkin sebab muka aku yang macam budak sekolah membuatkan mereka suka tegur aku. mak turut menambah bahawa beliau pun suka tegur budak-budak (macam "kamu sekolah tingkatan berapa?kat mana?ape ke?"). benarkah? masalahnya kadang-kadang dorang sembang dengan aku macam member. adakah aku ni attract mak cik-mak cik gossip? gahahaha.

aku menikmati kedua-dua point ini. anggap muka serupa ramai orang sebagai anugerah sebab bila diorang rindu, boleh rasa macam orang tu dekat je dengan dia (aku sebagai ganti orang yang mereka rindu). untuk mak cik- mak cik, well, layan je lah apa diorang cakap. i don't mind at all. ;)
i started blogging in public (a.k.a perasan konon-konon orang baca) since 16. back then me and a few schoolmates exchanged links and share the high school drama in blogs. well.. high school really is a drama. i become silent reader for a lot of blogs. mostly because of nosiness issues. gehehe.

most of them have stopped writing now. getting matured perhaps. or maybe they have other blogs (not that i know of). i'm one of the last few who still post things up. except that i've recently (finally!!) change the link.

i enjoy writing. but i'm not that good. i know i can be better but it's going to cost me breaking up hypothetically many walls i've been building. it isn't that easy. sometimes i feel insecure thinking of what others' impression of what i jot here. i just felt naked knowing others know more than i'd tell them in real life. more naked than getting naked.

anynynynywayyy, this thing called writing, maybe it's just a passion. to experiment pompous words i've came across while trying to put my thought into words. i hope it's working. i do want to write in very vocabularised Malay and brush up my grandma tongue (jowo) but well...

Monday, July 29, 2013

you know how me and my single friends always talk about how we wanna get married?
now i'm starting to want kids. i used to wonder why would a single woman wants to be a foster mom? i mean, just enjoy your life as it is. back then abang even argued with my mak about marriage where the verdict was that we need to get married married so we'd have someone to live for. i mean, we live for Allah but you know, we need that human who'd give us the reason to live. a husband and kids.

what i'm vaguely trying to say is that i, in some sort of other universe, am a little tiny weeny bit agreeing with mak. well, i for one had argued with mak about not getting married and just live with parents (which she strongly object with pointing out death and whatnot). perhaps living with little kids for a while triggered that motherly instinct. i don't mean that exact meaning of motherly instinct but err yeahhh.. it's sort of like those movies where anti-kids had to take care of little ones and starting to want that kind of life. like The Pacifier.

having kids, i really can't imagine it. what's with me not living my life properly, how can i even manage other humans? i hope mak must've gone through this thought before.

i guess i'm taking one step towards growing up. or maturity. or whatever.
i miss my annoying niece and nephew.

Sunday, July 28, 2013

Assalamualaikum.

harini 28 july, Ramadhan the 19th. masuk cuti je aku terus total loss dengan tarikh-tarikh ni.

so now i'm back at home after spending a week at abang's house. i see and learn a lot. marriage is more than a job. having kids means you are going to change. and last but not least, you are finally going to understand the things your parents have done. i mean, when you go through parenting, you're going to appreciate and love your parents more than ever.

aaaaannd the most important thing is, enjoy your single life!!! hahaha.. i mean, when you're single, enjoy being one. when you're married, enjoy being one too. there are perks in being in either sides.

i miss my niece and nephew. bau dari syurga yang sangat nyaman ^___^

i've got a lot to write here. but the things pop in my head days ago and i was busy playing with my niece and didn't bring my laptop along. now don't really feel like writing also what.

so till next time. selamat meningkatkan ibadah di bulan Ramadhan :)

wassalam.

Saturday, July 20, 2013

Alhamdulillah.
Ramadhan, bulan cabaran, bulan rezeki.
neutralizer.

apa-apa pun yang mendatang, aku berdoa semuanya akan menjadi jalan supaya aku lebih dekat dengan Allah.
:)

Sunday, July 14, 2013

dalam berkelip-kelip mata, persekitaran aku berubah.
puasa dgn raya tahun ni dah tak sama lagi. keluarga dah berkembang-kembang. tinggal la aku sorang yang setia teman mak dengan abah sahur & berbuka. aku rindu suasana puasa bersama-sama semua ahli keluarga. tapi masing-masing dah berkeluarga. aku faham.
setahun lepas, kalau nak panggil balik berbuka kat rumah pun cuma kena panggil abang aku je. sekarang dah susah nak cukup korum. hoho.
raya pun dah takde la ke hulu hilir dengan kakak aku. sekarang dengan mak abah je. kira macam anak separa tunggal jugak la aku ni. hiks.

ni yang berat hati nak kahwin ni.

Tuesday, July 9, 2013

semalam ber-on the phone dgn partner.
cerita cerita.
termasuk bab ekstrimis.
teringat jugak la aku dengan kem ibadah masa sekolah dulu. which is the thing called camp that i ever go hahaha.

sembang punya sembang, baru aku terpikir. ada unsur ekstrimis jugak kem ibadah aku pegi tu. paling aku ingat, toma'ninah dia memang bapak lama. dia punya lama sampaikan aku kira berapa saat dia punya 'berehat sebentar'. belum masuk lagi part aku cuba baca slow-slow, baca dua set (means 6 kali, 3 kali kat mulut, 3 kali kat hati).
ada la orang complain kat dia pasal lama sangat. aku lupa apa dia reply, tapi yg pasti, dia kata dia tak salah.

well. aku kan budak sekolah masa tu.

Monday, July 8, 2013

.permulaan yang kesepuluh juta.

Assalamualaikum.

maka terlahirlah blog ini.
selamat hari lahir sayang.