Monday, March 17, 2014

tipu je. tak cukup sebenarnya. hiks.
hari minggu kali ni aku duk dendiam (sekali lagi) kat rumah. dalam kepala punya la pikir nak carik baju kerja la, nak topap la, nak restock bebarang keperluan la, nak berjumpa dan bergosip la. alih-alih dua harian aku melanguk kat rumah. ekeke. itu pun mujurla semalam pergi kenduri. ada la jugak aku keluar. aku bukan apa. harini hujan sepanjang hari. rasa nak menikmati hari yg penuh nikmat ni pasal dah lama tak hujan seharian begini. hihihi. syukur Alhamdulillah.

pikir-pikir esok isnin. malasnye nauzubillah. semoga aku (akhirnya!) siap benda yang dah tertunggak seminggu itu. aku dah delay keje seminggu ni. seminggu you. tak tau la apa supervisor aku pikir. samada bersyukur sebab tak payah pikir nak bagi keje apa atau pandangan negatip. dah ler benda yang aku kata nak bagi tak terbagi-bagi lagi. isk. so..bad performance already in the 4th week? i guess so. maaf la bos kecik >.<

to a better performance week! biiznillah.

Allahumma inni a'uzubika minal hammi walhazan.
Wa'a'uzubika minal 'ajzi wal kasal
wa'a'uzubika minal jubni wal bukhli
wa 'a'uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal

Sunday, March 16, 2014

esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.
esok isnin. esok isnin.



cukup la post harini. bai.

Friday, March 14, 2014

of 12th lake
mekdonel
and cardigan

i miss.

(tade kene mengena dgn post sblum ni harap maklumat)
there are things you wish you'd never know in the first place
or if there's a delete button, you'd forever want to remove it from your memory

Wednesday, March 12, 2014

assalamualaikum.
hai hai. bersua kita kembali. rupanya kali terakhir aku post adalah sehari sebelum kelahiran anak buah aku yang terbaru. masya Allah really a cute baby. hihihi. rutin lepas keje adalah jalan menuju parking -> sejukkan kete -> meredah mrr2 dengan doa dan harapan Allah lindungi sampai rumah dengan selamat -> sampai rumah -> basuh tangan & muka -> gomol baby!!! hehehehe..
maka dah masuk minggu ke-4 tempoh prektikel aku kat *ehem*. hmm. boleh tahan la. orang-orangnye baik, mesra gitu. keje pun tak banyak. hahaha. ni pasal takde projek baru la. tapi aku rilek je hold task sampai seminggu sebab kesian nanti supervisor aku tak tau nak bagi keje ape. akakaka.. gitu ler rutin aku ngan kengkawan yg prektikel kat tempat lain yang tak berapa nak busy ni.

dah masuk minggu 4 ni dah takdek la malu sangat aku. ala aku bukannya malu ape. aku kan paling muda remaja. beza umur dgn lelain (kecuali yang prektikel) ade la 10 20 tahun. nak menyembang apeeee. hahaha. takpe la. bole la aku belajo cara menyembang dengan orang lebih sikit umurnya. hikss.

well satu benda yang aku belajar adalah colleagues and friends are two different kind of people you'd know. bila kat tempat kerja, walau mesra mana sekalipun, ada batas-batasannya. contohnya walaupun boss kau baik dan suka bergurau senda bersembang dengan kau sekalipun, kau tetap orang bawahan dia. ingat tu. orang bawahan. maknanya gurau senda sembang-menyembang korang adalah batasnya. tak sama macam member. kalau member, kau gurau ikut tahap kerapatan kau dengan dia. makin rapat makin banyak gurau senda kasarnya. dengan colleagues, kau ada hubungan professional. maknanya ada benda yang kau boleh cerita kongsi gurau bersama dan ada benda yang tak boleh. time kerja, be professional and do your job right. time sukaria, ikut sukalah nak hu ha hu ha cemane pun. betapa tak seronoknya jadik boss aku rasa. hurm.

satu lagi. kau kena sedar umur kau berapa. sebab orang akan judge dan buat andaian tahap kematangan kau berdasarkan umur kau. dan ini turut bermakna kau kena la act matured. ingat tu. act matured. no matter how immature or how you're reluctant to be one. sebab orang kena percayakan kau dari segi keseluruhannya untuk percaya bahawa kau boleh buat kerja. ini juga termasuk dari segi gurau sendaan lawak jenaka, kau kena terima hakikat yang gurau sendaan kau takkan sama macam mana kau gurau senda dengan member-member. lagi-lagi kalau mereka ni tua 10-20 tahun dari kau (nak jugak sebut point ini. kikikiki).

ingat tak aku kata ada brader sorang ni yang mesra alam kat opis aku? rupanya aku sama tarikh birthday dengan dia. patut la banyak persamaan dari segi perwatakan dan gurau sendaan. akakakaka. ni pun aku baru tau tadi. nak kata teruja sangat tu tak la sebab aku pernah jumpa dah 3 orang sama birthday dengan aku. mula-mula ingatkan main-main, lepas tunjuk ic dengan lesen dia baru aku caye. haha.

anyway, kalau nak judge ukhuwah sesama kita, aku rasa ok lah. seronok jugak dengan diorang ni lagi bab bersenda gurau tu. bab task, erm, aku kan memang tak suka kira taking off ni tau. dan aku aku berharap le jugak dapat buat task yang selain taking off ni. huahuahua. takpun pegi jumpa orang and jadik observer. baru la ade macam-macam sikit. entah lah. aku ni pun pergi peram kerja kan. hahaha. takpe. esok kita settle k. lepas seminggu. betapa seminggu nye aku nak siapkan. ya robbi..

setelah 17 hari, ini kali pertama aku tak rasa letih sangat di malam hari. maybe sebab otak berjalan sikit hari ini. yela hari-hari lain duk melanguk je banyak. hikss.

ok lah. tu je.