tipu je. tak cukup sebenarnya. hiks.
hari minggu kali ni aku duk dendiam (sekali lagi) kat rumah. dalam kepala punya la pikir nak carik baju kerja la, nak topap la, nak restock bebarang keperluan la, nak berjumpa dan bergosip la. alih-alih dua harian aku melanguk kat rumah. ekeke. itu pun mujurla semalam pergi kenduri. ada la jugak aku keluar. aku bukan apa. harini hujan sepanjang hari. rasa nak menikmati hari yg penuh nikmat ni pasal dah lama tak hujan seharian begini. hihihi. syukur Alhamdulillah.
pikir-pikir esok isnin. malasnye nauzubillah. semoga aku (akhirnya!) siap benda yang dah tertunggak seminggu itu. aku dah delay keje seminggu ni. seminggu you. tak tau la apa supervisor aku pikir. samada bersyukur sebab tak payah pikir nak bagi keje apa atau pandangan negatip. dah ler benda yang aku kata nak bagi tak terbagi-bagi lagi. isk. so..bad performance already in the 4th week? i guess so. maaf la bos kecik >.<
to a better performance week! biiznillah.
Allahumma inni a'uzubika minal hammi walhazan.
Wa'a'uzubika minal 'ajzi wal kasal
wa'a'uzubika minal jubni wal bukhli
wa 'a'uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal
No comments:
Post a Comment