Monday, September 9, 2013

jadi haritu aku saje-saje tekan link "products that really worked based on pinterest". dan sekarang aku amat sukaaaaaaa! hikhik. aku ni memang salah seorang pengopek bibir yang tegar. aku pun tak tau kenapa bibir aku ni selalu sangat kering. nak kata kurang minum air, member aku yang lagi kurang minum pun tak kering macam aku. so over the years (bak kata mat salleh), aku dah cuba beberapa drugstore (perkataan mat salleh lagi) lippies solution.

mula-mula aku cuba body shop strawberry lip balm. bau dia memang fuhhh tak boleh pakai waktu bulan puasa sebab manis sangat. tu je la benda yang bestnya. lain-lain aku tak suka. rasa berminyak. macam bibir berselaput. lepas tu solution untuk bibir kering bagi produk ni adalah dengan terus menringkan bibir supaya lapisan kulit kering tu makin kering sambil tu bibir aku buat lapisan kulit baru. so bila dah cukup kering nanti boleh gugur sendiri atau aku tolong gugurkan. me no likey (omputih perempuan kata). tak dalam tak suka tu pun 2 kali jugak aku beli. masa tu awal-awal sekolah menengah. aku mane la tau sangat. ehe.

lepas tu aku beralih kepada lip ice. lip ice ni memang sedap sebab ada mentholathum. jadiknye kalau jenis bibir kering merekah pedih-pedih tu sapu lip ice ni rasa sejuk ke. produk ni antara yang paling lama aku pakai. tapi modus operandi dia sama je dengan lip balm body shop yang aku pakai sebelum ni. berminyak. merekah. lapisan kering. lapisan baru. macam tu la ceritanya. banyak kali jugak aku beli sebab masa tu tengah suka. dah lama-lama tak suka dah.

aku pernah cuba nivea. sama je lah dengan sebelum-sebelum ni.

hurm. lepas tu aku ada beli jenis sapu sendiri macam body shop tu, bukan stick. lupa brand apa. perisa apple. sama je dengan sebelum-sebelum-sebelum ni.

akhirnya setelah bertahun mencari, aku bertemu jodoh dengan elhajj. aku cuma beli sebab ada cop halal dan alcohol free. gituh kan? aku tak expect banyak. tapi sampai sekarang Alhamdulillah lippies ni yang masih bertakhta dibibirku. mula-mula pakai dulu aku teringat bau lip balm sepupu aku pernah pakai masa aku kecik-kecik dulu. tapi dia pakai avon ke ape entah. sedap bau dia. shea butter gitu. tapi selepas stick ke 4 (kot) aku rasa bau dia tak la sedap macam aku mula-mula pakai dulu. tapi takpe. aku suka. takde la perasaan bibir beminyak. dia macam meresap ke bibirku. modus operandi lain sikit daripada sebelums ni. cuma ada sekali tu je aku beli dan stick dia berminyak. kira 1 dalam 4 la. takpe. aku masih sukakan kamu <3

dan terakhir sekali, aku baru sahaja mendapatkan revlom kissable balm stain. omg best gile yang ni nokssss. memang dia punya mengada-ngada omg omg omg tu lebih sikit sebab dia boleh jadi lip stain dengan lip balm. aku beli warna honey sebab nak feeling natural je. tapi baru seminggu la aku beli. mari tengok prestasi selepas 6 bulan.

No comments:

Post a Comment