Monday, December 9, 2013

lari
lari lagi
sembunyi
sembunyi dan tak ketemu lagi

i wish i'm four
aku mahu nangis dalam dakapan mak
mak usap
mak peluk
dah dah takyah nangis.. abah saje kacau tu
sampai sedu sedan
duduk diam-diam
lepas tu main balik

tapi aku dah dua dan dua
grow up please?
or ... not?

mak ... takut ... sedih ...

dah disember
tahun ini tahun laju
aku penat growing matured
untuk sekejap
aku nak berlari-lari dengan kakak dan abang-abang aku
main "lrt"
lepas tu hempap terjerit jerit
entah pape

untuk sekejap
bagi aku peluang reverse
dan sembunyi...

aku janji aku akan dudup diam-diam
cuma engkau dan aku tahu
dan semestinya Tuhanku Yang Maha Mengetahui

Ya Allah Tuhan,
Engkau sebaik-baik perancang
aku berserah hanya pada Engkau...






lepas aku save benda ni kat notepad, aku pi bukak pesbuk. lepas tu ternampak That Muslim Show punya comic strips org share. pasal macam mana org mendaki gunung kejayaan bersama org hitam yg tolong dia.last2 dah sampai puncak, dia kata dia la yang berjaya mendaki.
rupanya orang hitam tu mak dia.
dan aku menangis mengenangkan luahan yang macam tak mengenangkan mak...
padahal doa-doa mak untuk aku yang banyak Allah dah makbulkan....

No comments:

Post a Comment