aku ni lampi sikit. jujur aku cakap. sikit je tak banyak.
lagi part cakap lapik-lapik ni. takpun jenis memain dalam serius dalam memain dalam serius.
aku jujur je terima apa orang cakap. maksud aku, kalau dia kata A, aku percaya dia cakap A. mungkin dia maksudkan B sebenarnya tapi aku tetap anggap dia cakap A. camtu. sekarang aku rasa aku perlu berubah.
manusia, macam-macam jenis ada.
pernah dulu sorang member rapat aku ulang apa bapak dia cakap kat dia,
kawan paling kawan yang kau akan kenal adalah kawan masa sekolah dulu.
i second that.
cuma aku nak tambah lah,
kawan universiti juge. ehe.
dulu sebelum aku kenal partner, aku fikir, siapa je yang datang aku terima je. aku malas nak letak ciri-ciri idaman ke hape. satu pun aku tak letak. tolak tepi ciri penting macam lelaki tulen dan Muslim yer. tapi aku rasa, makin tua ni aku makin faham kenapa orang letak ciri macam tu macam ni macam macam lagi. yelah. kau dah mula kenal orang macam tu macam ni macam macam, kau pun mula rasa insecure nak berkenalan dengan orang. atau mungkin kau makin redah je. haha.
entahlah. semalam bukan main rancak lagi aku berbual ngan member kat opis. dah tinggal berdua je kan. hape lagik. haha. macam-macam cerita keluar. mujur la ada dia dengan sorang lagi yang ala-ala sebaya dengan aku yang boleh buat sembang kanak-kanak. orang lain semua dah berumur. dia pun seronok jugek dibawak berbual. tapi dia dah nak chow hujung bulan ni. terkapai-kapai la aku sebulan nak menghabiskan prektikel ni. kalau nak cerita hal perempuan nanti dengan siapaaaaaaa T.T
No comments:
Post a Comment