ada sesetengah orang tak boleh tahan orang merokok. hatta bau rokok sekalipun tak boleh.
aku .. entahlah. mungkin sebab bapak memang dah merokok sejak aku kat luh mahfuz lagi, aku dah biasa.
dan abang-abang aku pun ikut jejak dia.
cuma yang sulung tu sekejap je. beberapa bulan lepas kawen, dia berenti.
yang satu lagi memang fiuhh fiuhhh je hari-hari. tapi depan anak dia tak la. ko nak kena penampo ngan sumorang (kecuali abah kot) ke nak fiuhh fiuhhh depan anak ko?!?! (gituh kan).
dan sekarang, abah pun dah berenti. dah beberapa bulan. selepas bertahun-tahun.
partner pun (nak masuk jugak ni. kakakaka).
alasan dan sebab musabab yang dah berenti ni sama je. dah tak rasa nak sapkok. abang sulung aku ekstrem sikit. sapkok rasa pahit.
sebenarnya point aku adalah, aku tak kisah pun orang sapkok. yang bayar nya ngko, yang hisap nya ngko, yang nak menegakkan benang yang basah bila orang kondem rokok pun ngko. aku pun malas nak kondem sebenarnya. orang yang tahu dia tak berada di pihak kebenaran tapi nak jugak defend diri dia, cenggitu aaaa orang yang sapkok ni. aku duduk di tepi, memikirkan masa depan. sekian.
No comments:
Post a Comment