Friday, July 25, 2014

sebenarnya aku dah selalu bukak blogger.com ni nak menaip. bila tengah tweet, ade jek benda nak taip pepanjang. dah bukak elok macam ni terus hilang. mungkin aku perlukan template blogger yang lama, sebelum google ambil alih. ehe ehe ehe ehe ehe.

tiada apa yang vavavoom dengan hidup aku sekarang. sahur, tidur, hot in cleveland sampai ngantuk, tidur, kupas bawang, makan, solat terawikh, repeat. konon la malas nak start keje awal-awal sebab nak tumpu pada ibadah dan ibu bapa. tengok rutin aku tu tengok. sebenarnya nak keje apa pun aku tak tau. tu pasal yang duk melanguk je ni. hahaha. baru semalam cubaan hantar resume. aku pun tak tau rezeki macam mana akan datang nanti. cuma aku nak live in the moment je sekarang. mensyukuri waktu lapang walau menganggur dan masih tiada hala tuju. aku rilek jer percaya rezeki dari Allah, sampai masa nanti dia sampai la. aku rasa orang keliling yang lebih risau. erm. hehe. feeling loved.

dan 3 minggu ni aku menggomol bayi je. dan budak busuk. dulu mula-mula rasa sunyi jugak. tapi aku rasa mereka pun gembira sebab ada orang yang free macam aku untuk tolong gomolkan bayi-bayi mereka. wakakaka. ikutkan hati nak je aku sambung belajar ambik degree lagi tapi bidang lain. pikir-pikir balik, itu semuaaaaa mahu duit. ilmu dan wang. wang dan ilmu. takpe lah. aku tambah ilmu cara lain je.

so...itu je lah cerita yang aku boleh cerita sekarang.

No comments:

Post a Comment