sad news : i failed (for the seventh time in a row maybe?)
good news : insya Allah yet another journey in january
baru 19 disember tapi rasa nak sum up the year dah. lepastu baru je klik post last year. 19hb jua ku lakukan. wow signifikannya 19hb ni. hahaha
and yet again, Allah fulfilled my wishes. Alhamdulillah setahun ni orang-orang tersayang (dan aku jugak) sihat walafiat. moga-moga Allah terus menerus berikan kesihatan utk aku dan orang-orang yang tersayang supaya dapat beribadat kepadaNya...
tahun ni aku lebih rileks dan tenang menghadapi ranjau-ranjau kehidupan. Alhamdulillah. aku yakin rileks ni pun Allah yang titipkan dalam hati aku. nak kata takde cabaran tu tak jugak. sekali lagi Allah dah kabulkan harapan aku. nak gembira dan redha. taknak sedih-sedih dah. adakah bermakna aku dah totally get over my past story? tak jugak. masih dalam tempoh bertenang. cuma tidaklah rasa seranap setahun yang lalu. benda-benda tak terjangka pun terjadi. syukur. aku harap Allah tetap titipkan ketenangan ni untuk tahun seterusnya dalam menghadapi ujian dan cabaran mendatang. dan semakin mendekatkan aku dengan Dia.
harapan aku untuk tahun depan aku dah tulis kat atas. dan aku nak tambah satu lagi. aku harap Allah temukan aku dengan peneman a.k.a teman hidup aku. tentulah yang terbaik untuk aku di sisi Dia. aku takde sebab yang spesifik untuk harapan ni. not out of desperation. neither out of loneliness. cuma terlintas je semenjak dua menjak ni. dan aku harap aku bertemu biarlah dengan seorang je. dan dipermudahkan.
andai yang menjemputku adalah maut, aku harap sangat aku sempat bertaubat dan selesaikan urusan-urusan atas dunia ni tanpa menyusahkan orang di kemudian hari.
sekali lagi aku nak repeat. sementara je semua ni. esok-esok, balik la kita. wassalam~
No comments:
Post a Comment