Monday, December 23, 2013

Ada satu blog ni aku follow sejak zaman sue anna joe dulu. Twitter dia pun aku follow.
Jadi kisah sepanjang umur penghujung 20an dia aku tau through blog dia. Sadly enough, lepas dah beberapa lama aku cuma follow twitter tp tak bukak blog dia, dapat tau yg (high probability) dia tgh go through divorce. Or separation. I don't know. Tak disebut secara jelas. Walau aku tak kenal dia, i'm really really sad. Entah apesal tah. Macam aku pulak yg go through sama2 dia.
Dan ada satu lagi blogger. Dah selamat divorce lama jugak. Pun sedih aku baca cuma tak rasa mcm yg recently ni. Umur lebih kurang rasanya.

Entah lah. Kadang2 aku takut nak kahwin. Takut tak ready mentally nak menghadapi perkara2 mendatang. Takut kalau benda yg berlaku kat org lain akan berlaku kat aku jugak.

Kadang-kadang dah makin tua ni, makin byk keluar cerita sedara mara aku yg aku tak sangka. In divorce cases i mean. Semua cerita aku tau secara tak sengaja. Well, org tua pun pernah muda.

Hmm. Aku nu sepatutnya cuma takut Allah, bukan masa depan yg tak pasti.
:(

Sunday, December 22, 2013

Aku org terakhir yg dapat tempat praktikal. Among my classmates lah.
Perjalanan aku nak dapat ni pun satu benda yang menarik sebenarnya. At least pada aku sorang la. Hehe.

I was pretty devastated with the fact that i was the only one who didn't get any placement yet. Truthfully, i was down, stressed a little but keep on living as usual. I know the biggest part of it was my fault. I felt almost worthless, thinking that i did not fit to get any offer. The fact is, my inferiority was becoming superior.

I prayed to Allah to show me ways to be better and get me placement.
At times, it seems like it was not going anywhere. I tried the 'pride' ways, desperate ways, well you name it.

Then come a few friends of mine who offered  me the places they were rejecting. Masya Allah.. Allah has blessed me with such thoughtful companions.. may Allah reward them with jannah.

It still wasn't that easy though. There were some that i didn't applied. I don't even know why.. so it's back to me again. Hehe.

Then came a friend who told me to apply for this particular company. I was desperate. I didn"t give it much thought. So i emailed and called. Then i was valled for an interview.
Few days later, a friend told me about another offer she's rejecting. I emailed and called again. And request for letter from the faculty. Alhamdulillah it went on smooth. Still isn't complete yet but insya Allah going towards that direction.

Why am i writig it here? Mainly it's because i want it to remind me to keep on having faith and tawakkal 'alallah. The interview was a great help. It just felt like Allah is telling me things. And He conveyed the message through my supposed-to-be-boss. More than that, i felt really thankful to Him for showing mr beautiful souls along the way.

May Allah shower us with His blessings in this world and hereafter.

Friday, December 20, 2013

sebenarnya bila tengok ruminah sidek dalam kolumpo tu aku teringat embah. dan rindu. tak sangka. dengan org yang aku banyak bertekak la aku rindu.
i can blog faster than doing assignment!

Tuesday, December 17, 2013

dear me,

know that you worth it.
teringat cerita kolumpo semalam. nek wok. tetibe tacing tengok dia asyik-asyik "nama siapa? tinggal mana? bapak hidup lagi? kerja apa? dah kahwin?"

:'(
tacing pulak dengar letter to saviour ni
hai Wani Ardy
i love your works
may Allah protect you in this world and hereafter
revisiting French Revolution and learning Arab Spring
aku masih gagal memahami
masih berkejaran entah apa

cerita tentang naik naik dan naik lagi
bingung sekejap aku melepet dalam dunia maya
melihat alter ego engkau dan aku

kita salahkan menteri
salahkan pilihanraya
salahkan kerajaan
salahkan pengundi
pengundi mana?
janji dia pernah mengundi
kita salahkan je lah dia
pendek kata
salahkanlah siapa sahaja yang ada depan mata
kecuali kalau dia sokong kita
siapa sahaja boleh disalahkan
kecuali kita sendiri
sebab kita mangsa
macam tulah..

berpusing dan pusing
akhirnya Allah buka mata aku untuk nampak
macam mana marahnya Dia pada kita
sebab
menyalahkan sesama sendiri
menjatuhkan sesama sendiri
membenci sesama sendiri

penat kita marahn
mencari titik punca
satu jari tunding ke sana sini
lupa lagi empat tunding diri sendiri

but beyond that anger is His love
Him waiting for us to return to Him

bila Muslim Palestin, Myanmar, Syria diganggu
kita sedar
doa adalah senjata mukmin
kita tweet
#PrayForPalestin #PrayForRohingya #PrayForSyria

don't Malaysians need the same kind of prayer?
the same kind of hashtag without sarcasm?
berapa fahamkah kita tentang doa itu senjata mukmin?

cuba lihat jari macam mulut
yang tak boleh kunyah apa lagi telan
mengapa cakar kalau boleh kita usap dengan lembut?

If Rasulullah can pray for the best thing to happen
even for those who did the worst thing one could ever imagine towards him
why can't we?
bukankah Allah yang memegang hati-hati kita?
engkau
aku
dia
dan dia-dia yang kita salahkan

kita lupa
kita in denial

Ya Rabb, ingatkan aku setiap kali aku lupakan Mu.
tiada lain yang aku salahkan melainkan diri ini yang lalai memanjatkan doa dan kesyukuran
setiap saat.

Monday, December 16, 2013

it wasn't easy
but it wasn't hard
truthfully, i've had doubts
not about you
but with the situation
i'm afraid
because the future seems so scary right now

i can't seem to make myself think
if
for crying out loud
it is not gonna be you
cause part of me will break
forever

Sunday, December 15, 2013

hari ni hari kesedaran.
belum kerja & kahwin lagi Allah dah ajar aku : know your priorities.

hm. serba salah aku nak bercerita. jadi aku pakai ayat-ayat bayangan je la. aci kan?

jadi hari ni Allah tunjukkan pada aku tentang seorang mak yang kecik hati dgn anak-anak lelaki dia. well, not all lah. ada la yg ok. sebabnya anak dia lebihkan bini. which is supposedly whether you're married or not, your mom is always your topmost priority (for guys). dan sekarang, aku sebagai third person boleh nampak bahawasannya anak-anak lelaki dia yg nampak berjaya tapi tak berapa nak berjaya sangat sebenarnya yang banyak buat dia kecik hati. hari ni terkeluar ayat kecik hati dia.. which is, aku tak tau nak pujuk cemane.. :(

entah lah. sebagai perempuan, aku cuma ambik pengajaran. jangan buat future husband sayang kita lebih-lebih sangat. aku kalau jadik isteri pun, aku bukan yang paling utama pada dia. kalau dia sayang aku lebih, slap him (not literally though). jadilah bijak dalam menjaga hati suami dan mentua... this paragraph is solely made as a reminder for me.. sebab aku manusia, aku sering lupa. dan Allah yang maha Penyayang yang selalu ingatkan aku..

maybe i'm mentally prepared to face marriage now. kehkehkeh.
growing matured is mentally tiring..

Saturday, December 14, 2013

aku baru sedar
aku ni dah mula jadi socially awkward
pasal sem ni selalu sangat duk rumah
pulak tu, jarang berkomunikasi dgn roomate
tengah-tengah bercakap hilang perkataan
takpun
bila org ckp, aku tak tau nak reply apa
menyedihkan

Wednesday, December 11, 2013

semalam makan seoul garden dgn pah dgn shaza. rindunyaaaaaaaa kat ex-rumates saya..
dulu, balik-balik kelas terus gosip sampai kelas seterusnya. kalau kelas seterusnya tu esok maknanya sampai esok la berguzippp. hahaha. berangan bersama. tapau dm bersama. makan murni bersama. ahh amende mende lagi lah. dah nak habis semester dah pun. lepas ni bawak haluan masing-masing entah berjumpa lagi ke tak.

May Allah guide us to His path. semoga Allah pertemukan kita dalam syurga-Nya...

Monday, December 9, 2013

lari
lari lagi
sembunyi
sembunyi dan tak ketemu lagi

i wish i'm four
aku mahu nangis dalam dakapan mak
mak usap
mak peluk
dah dah takyah nangis.. abah saje kacau tu
sampai sedu sedan
duduk diam-diam
lepas tu main balik

tapi aku dah dua dan dua
grow up please?
or ... not?

mak ... takut ... sedih ...

dah disember
tahun ini tahun laju
aku penat growing matured
untuk sekejap
aku nak berlari-lari dengan kakak dan abang-abang aku
main "lrt"
lepas tu hempap terjerit jerit
entah pape

untuk sekejap
bagi aku peluang reverse
dan sembunyi...

aku janji aku akan dudup diam-diam
cuma engkau dan aku tahu
dan semestinya Tuhanku Yang Maha Mengetahui

Ya Allah Tuhan,
Engkau sebaik-baik perancang
aku berserah hanya pada Engkau...






lepas aku save benda ni kat notepad, aku pi bukak pesbuk. lepas tu ternampak That Muslim Show punya comic strips org share. pasal macam mana org mendaki gunung kejayaan bersama org hitam yg tolong dia.last2 dah sampai puncak, dia kata dia la yang berjaya mendaki.
rupanya orang hitam tu mak dia.
dan aku menangis mengenangkan luahan yang macam tak mengenangkan mak...
padahal doa-doa mak untuk aku yang banyak Allah dah makbulkan....

Saturday, December 7, 2013

jadi semalam aku pergi interbiu pekerjaan pertama sekali dalam hidup aku. the place was not in a good shape. itu pandangan pertama aku. hehe. but really, it was dark, gloomy, old, well.. you name it. it wasn't anything near to new york city-kind of office. you know.. the urban, open office, yadayadayada. rather, it gives you the 80's vibes. or perhaps 70's. well, it depends on what year you were born.

sampai-sampai terus nampak boss nyer. dan gadis (gadis ker?) yang jawab phone call aku sepanjang masa ni. well, terjawab sudah soalan aku. ada sorang je yg keje situ. patut la dia je jawab. laju pulak tu. wakakaka. anyway, the interview was... ok la. bagus jugak ade interbiu gini. dia terangkan skali job scope aku. nothing about measurement weeeee :P . well, turned out dia dah nak tutup kedai tahun depan. hujung tahun kot. dia cakap pasal downsizing and something about end of 2014 then you can only see our face ape benda ntah. seriously kalau ni interbiu untuk keje sebenar, habis lah aku. haha. aku blurr katak hampir 60% masa bercakap dengan dia. dengan english tunggang langgang nyer, dgn hape benda ntah aku jawab nyer, siap dia bambu aku skali kat situ. tapi seperti biasa, kita gagahi dgn hati paling tenang. hekhekhek.

jadi kalau aku accept offer ni bermakna satu kaki tendang semua. haha. that was the most blurr thing. dia tanya apa maksud, aku jawab ganas. dia kata apsal ganas pulakkk. aku kata yela dah satu kaki tendang semua ganas la tuuu. so dia terangkan la maksudnya kena buat semua jenis keje.

i noted that he told me that my background is good, but something's missing. and i need to work on my English (since i proclaim that i'm just above average). and he finds that the new generation is missing enthusiasm.

so here's me, the (probably) self-actualized underdog (as claimed by possibly my future boss. well, only underdog recognizes another underdog who's gonna shine soon. ecehhh) thinking of whether to accept this offer or not. semuanya ok jer. cuma tempat dia je buat aku masih persoalkan ni. walaupun sebenarnya aku takde option lain. wakakaka.

ok la. ya Allah ya rabb, jika tempat berkenaan adalah tempat yang terbaik untuk aku praktikal, yg akan menjadikan aku insan yg lebih baik untuk diri sendiri dan ummah, permudahkanlah urusanku ya Allah, lembutkan hati mak abah aku untuk terima ya Allah, lindungi aku sepanjang aku berada di sana ya Allah, ya Rahman ya Rahim.

Sunday, December 1, 2013

Allahu Allah..
inikah cara Engkau nak ampunkan dosa-dosa aku..?


sayangnya Allah pada aku..
i had ideas.
but they dried out.