senja nan merah, bumi nan asing.
tapi entah kenapa aku tak rasa kau seasing tanah yang aku tengah pijak.
berlandaskan 2 jam kurang lebih, akhirnya aku faham.
kau dan dia,
macam sambal nasik lemak yang kena dengan tekak aku.
pedas, masin, manis, masam,
cukup buat aku senyum, walaupun lain-lain tukang buatnya.
dari cakap-cakap,
dari gelak-gelak,
dari sindir-sindir,
dari mana-mana,
serupa!
serupa!
walau tak sama.
ada hikmahnya Tuhan hantar kau
ada hikmahnya Tuhan izin aku dan dia bertemu kemudian
hikmah-hikmah manis yang masih tersimpan dalam rahsia Tuhan Yang Maha Mengetahui, Maha Penyayang.
dan untuk hari-hari manis yang lalu,
terima kasih,
kau dan dia.
untuk kau,
terima kasih wahai ubat,
semoga Tuhan murahkan rezeki kau,
semoga kau maintain read a lot.
untuk dia,
terima kasih atas hari yang manis :)
kalau ikutkan rasa, aku pun tak mahu sebegini.
tapi itulah kata orang,
ikut rasa binasa.
semoga Tuhan masih izinkan untuk masa yang lama,
cukup lama,
untuk aku dan dia.
yang penting,
semoga kau dan dia tak baca ni.
matilanakk
No comments:
Post a Comment